Archive for November, 2006
SEMOGA BERJUMPA LAGI..
Boleh dikatakan bulan ni agak menyedihkan sebab PLF akan kehilangan tiga orang Volunteer sebab dah dapat kerja lain.walaupun aku baru kat sini tapi amat terasa kemesraan antara kami.Tapi inilah yang dikatakan kehidupan,perlu diteruskan untuk masa depan yang lebih terjamin.Kamarul,abang Mas dan Shikah..tahniah dan semoga berjaya dalam bidang kerjaya yang diceburi.Lepas ni tak tau giliran siapa pula yang akan meninggalkan PLF.Walau apapun aku pasti kenangan di PLF ini akan menjadi sebuah memori yang indah kepada setiap orang yang akan meninggalkannya..Semoga ada ruang dan waktu untuk kita berjumpa lagi..
selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan kubiar ia berlalu..
2 comments 30/11/2006
5 rules to be happy
Remember the five simple rules to be happy:
1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.
No one can go back and make a brand new start.
Anyone can start from now and make a brand new ending.
God didn’t promise days without pain, laughter without sorrow, sun
without rain, but He did promise strength for the day, comfort for the tears
and light for the way.
Disappointments are like road humps, they slow you down a bit but you enjoy
the smooth road afterwards.
Don’t stay on the humps too long. Move on!!
When you feel down because you didn’t get what you wanted, just sit tight
and be happy because God is thinking of something better to give you.
When something happens to you, good or bad, consider what it means. There’s
a purpose to life’s events, to teach you how to laugh more or not to cry too
hard.
You can’t make someone love you, all you can do is be someone who can be
loved, the rest is up to the person to realize your worth.
The measure of love is when you love without measure.
In life there are very rare chances that you’ll meet the person you love and
loves you in return. So once you have it don’t ever let go, the chance might
never come your way again.
It’s better to lose your pride to the one you love, than to lose the one you
love because of pride.
We spend too much time looking for the right person to love or finding fault
with those we already love, when instead we should be perfecting the love we
give.
When you truly care for someone, you don’t look for faults, you don’t look
for answers, you don’t look for mistakes. Instead, you forgive the mistakes,
you accept the faults, and you overlook the excuses.
Never abandon an old friend. You will never find one who can take his place.
Friendship is like wine; it gets better as it grows older.
6 comments 27/11/2006
Jangan menangis sayang..
Jangan menangis sayang
air matamu bak hujan turun
menghibakan lagi perasaanku
keringkan pipimu sayang
usah benarkan tangisanmu
tercetus lagi di wajahmu
walau terpaksa menangis
di dalam hati
lebih baik begitu…
Jangan menangis sayang
perpisahan ini bukan dipinta
terpaksa kita merelakannya
yang berlalu biarkan berlalu
sememangnya kita tak ditakdirkan bersama
terimalah kehendakNYA
walaupun pahit untuk ditelan
kita diciptakan bukan untuk bersama…
Jangan menangis sayang
kenapa tangisanmu semakin laju?
titisan air matamu hanya menyayat pilu hatiku
lupakan saja kenangan bersama
binalah hidup baru
ku yakin kau dapat menempuhinya
walau tanpa kehadiranku.
Anggaplah pertemuan kita adalah takdirNYA
sekadar menguji kita
dan anugerah kasih sayang yang tercipta
adalah suatu rahmah dariNYA.
Sayangku…jangan menangis
biarpun kita berpisah
ingatan dan rinduku mengiringi selalu
doaku kau berkekalan bahagia
kasihku padamu tak mungkin terpadam…
8 comments 24/11/2006
Sebulan di PLF
Salam penuh ceria untuk semua bloggers. Hari ni 16hb bermakna genap sebulan aku menjadi warga kerja PLF. 10hb yang lepas ada satu ‘besday party’ meraikan mereka yang lahir dari bulan Sept-Nov.Aku pun termasuk la sekali..
Sebulan di sini menempuhi pelbagai pengalaman baru bersama teman-teman sekerja baru dan tugas yang baru.Masa belajar dulu aku tak pernah terfikir untuk bekerja dalam bidang yang berbeza dengan apa yang aku pelajari selama 3 tahun di universiti. Tapi itulah realitinya alam pekerjaan,jangan terlalu memilih kerjaya.Ambil dulu peluang yang ada,mungkin ianya sebagai satu platform untuk kita mencapai kerjaya impian kita suatu masa nanti.Rezeki Allah ada di mana-mana.Yang penting usaha dan tawakal kepadanya dan jangan berhenti berharap pada Dia yang Esa.Kepada kawan-kawan yang belum lagi bertemu kerjaya idaman,yang menjanjikan gaji empat angka,sabar dan berusahalah. Bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi hari ini. Jika kita faham konsep qanaah dan redha dalam hidup,Allah akan memberi lebih dari itu satu masa nanti.Insyaallah.Semoga Allah permudahkan rezeki kita.
4 comments 16/11/2006
Love and bus
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, kita tengok bas tu dan kata pada diri,
“Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadi, kita katakan pada diri kita, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Kita pun biarkan bas tu berlalu dan kita tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Kita tengok bas tu dan kita akan cakap,
“Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kita pun biarkan bas buruk tu berlalu dan kita bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ini kita kata,
“Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi kita biarkan bas tu berlalu dan kita bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yg kita pula dah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar bahawa… kita dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni kita dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg kita nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair- cond, adakah kita dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk kita?
Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yg kita idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kita dapati “bas” itu tak sesuai dengan kita, apa yg perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi…pasti kita semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg kita nanti-nanti kan), kita tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, kita akan terjatuh dan menyakiti diri kita sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada kita nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri kita. Dan bila kita berjalan, kita sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
8 comments 16/11/2006
Harapan padaMu subur kembali..
Wahai Tuhanku Yang Esa..bila kenangkan thoharMu,rasa gerun di hatiku kerana takutkan seksa Mu..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
2 comments 16/11/2006
my little boyfriend
Salam penuh kemesraan..kali ni aku nak tulis sket pasal budak kecik yang pakai baju merah kat atas tu.Tu la buah hati pengarang jantung kami sekeluarga – Mohd Idlan anak saudara aku yang pertama merangkap cucu sulung mak + ayah aku. Dia baru je umur 3 tahun setengah tapi kalau bercakap kalah orang dewasa.Tengok la stail posing tu,bajet macho la tu.Ni gambar masa raya ari tu.Penat la pujuk dia suruh pakai baju melayu,macam-macam alasan dia.nasib baik adik aku (mak cik favourite dia) pandai pujuk baru dia nak.Walaupun dia anak sulung dan baru je dapat adik tapi tak nak dipanggil abang.Bila kitorang panggil ‘abang Idlan’ nanti jawapnya camni,
‘bukan abang la,adik..
abis tu adik Iqbal (adik dia) nak panggil apa?
tu baby..bukan adik..’
Dia ni suka sangat kereta.Asal nampak kereta je mesti dia kata tu kereta abah dia.Barang-barang mainan dia semuanya kereta.Pastu suka sangat cakap sorang-sorang.Kalau dapat pegang buku baru diam.Suatu hari tu kakak aku kena pergi hospital buat medical check up bawak dia sekali.Kat kaunter yang jaga seorang pak cik botak. Anak sedara aku ni tengok jer pakcik tu dari mula dia datang.Bila nak balik dia boleh tanya kat kakak aku depan pakcik tu camni,
“eh,mana rambut dia?”. Nasib baik pak cik tu sporting,dia senyum jer.orang-orang yang ada kat situ semua merah muka tahan gelak.ye la,nak gelak kang kecik hati plak pak cik tu. Balik dari situ kakak aku bagi warning kat dia “kalau adik tak mau dok diam lain kali mama tinggal kat sana,biar kena cucuk“. Terus dia diam sebab dia ni trauma sket kalau kena cucuk..
Satu lagi kes bila mak aku bawak dia pergi raya. Biasa la tuan rumah mesti hidangkan air . Bila tuan rumah bagi air kat dia dia cakap camni “Tima kaceh. ala, wat cucah-cucah jer (susah-susah je)”..
nakal sungguh anak sedara aku ni.tapi kalau dia takde sunyi lak.Anak aku esok ntah camne la..ahaks.Biasa la tu budak-budak tengah meningkat naik.Moga-moga dia akan menjadi seorang anak yang baik dan soleh yang menjadi kebanggaan abah dan mamanya di masa hadapan.Insyaallah.
‘Ya Allah kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang soleh sebagai penyejuk mata dan keturunan yang tetap sembahyangnya..’ (elok diamalkan slps solat fardhu).
6 comments 07/11/2006
Rintihan seorang hamba..
Tuhan, aku seolah-olah mati sewaktu bernafas ketika dugaan ini kau serahkan yang tidak pernah diduga akan menerima bagaikan batu yang besar lagi membebankan. Dan kini aku rasa bagaikan dunia sepi kerana kegelapan yang kualami dalam pencarian yang sukar untuk menyelesaikan dalam jangka waktu begini. Tiba kini aku terpaksa mencari kekuatan diri yang azali.PadaMu tuhan aku letakkan segala harapan yang tinggi agar kau ambil kembali dan menghindarkan diri ini dari segala yang menyiksakan hati. Tuhanku, sesungguhnya padamu ku pohon kekuatan kerana engkau kekasih setia yang sentiasa sudi mendengar keluhan cuma aku… kadang-kadang terlupa untuk mengingatimu Maafkan aku… … … .. terkadang aku alpa dalam asyiknya mewarnai hidup dan di saat sakitnya aku… baru ku tahu,hanya kepadaMu tempat aku mengadu..
7 comments 03/11/2006
Nak dengar satu cerita?
Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya. Pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai datang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.
Cinta sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta. Tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.
‘Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!’teriak Cinta. Dengan segera Kekayaan pun menjawab, ‘Ohh! Maafkan aku Cinta’ kata Kekayaan. ‘Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagi pun tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini’.
Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan sebuah perahu.
‘Kegembiraan! Tolonglah aku!’teriak Cinta. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.
‘Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!’teriak Cinta
‘Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini.’ sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula menangis terisak-isak.
‘Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?’ rintihnya sayu.
Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pulak Kesedihan dengan perahunya.
‘Ohh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu,’kata Cinta.
‘Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian’ kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. ‘Oh Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa Cinta?’.
Pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya, ‘Cinta! Mari cepat naik ke perahuku. Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.
‘Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!’ kata orang itu.
Cinta pun bertanya lagi. ‘Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,’tanya Cinta kehairanan.
‘Sebab, hanya Waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu’ kata orang itu. Setelah itu fahamlah Cinta akan kepentingannya di dunia ini.
Moral:
Adakah CINTA perlukan KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN dan KEGEMBIRAAN?
6 comments 01/11/2006



