
Bridegroom with sweeties..

Pengantin dengan kaum bapa..hehe
Selamat Pengantin Baru diucapkan untuk Wirduna dan pasangannya Hadi yang telah berlangsung pada 28 Oktober yang lalu..Kali ini konvoi dari ofis PLF tidak semuanya bertolak dari Putrajaya tetapi kami bertemu di stesyen minyak Johan Setia.dah dekat dengan rumah pengantin.Perjalanan ke Sijangkang berjalan dengan lancar walaupun pertama kali kami pergi ke situ.Alhamdulillah tak sesat..Kami sampai di rumah pengantin sama dengan ketibaan rombongan pengantin lelaki.Berseri-seri pasangan pengantin berpakaian songket bunga tabur warna purple. Ramai juga warga PLF yang datang.Walauapapun tahniah untuk Duna kerana telah menamatkan zaman gadis. Semoga menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali untuk keluarga kelak.Kelab darah manis PLF nampaknya dah berkurangan,Nandre punya kelab yang akan bertambah ahli nampak gayanya. So,get ready for the next wedding convoy to Perak after this,..Don’t miss it..



