Selamat bertemu kembali..aku kini bergelar student semula..Hampir dua minggu aku berada di IPIK menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar institute perguruan. Saya kembali ke sekolah!!! walaupun masih dengan matlamat mencari ilmu tetapi kali ini untuk menyalurkan semula ilmu itu kepada pelajar dalam usaha mendidik anak bangsa untuk tamadun manusia yang lebih gemilang di masa hadapan..pehh..cakap pun dah mcm cikgu..
Terkenang kembali zaman persekolahan ketika menyarungkan uniform putih dan kain hitam sewaktu seminggu di Minggu Pengurusan pelajar Baru atau lebih senang disebut orientasi.Kelakar pulak dah tua-tua kena orientasi dengan adik-adik yg lebih senior pengalamannya dari kami. Hidup di institute perguruan jauh berbeza dengan zaman U,di sini kita masih seperti pelajar2 sekolah yang perlu mematuhi peraturan demi peraturan. Maklumlah, alam persekolahan. Kadang-kala aku akui agak kekok untuk membuat sesuatu yang dah lama ditinggalkan.Tapi semua itu adalah pelajaran baru yg bakal mencorakkan kelainan dalam jurnal hidupku.
Sebelum aku mengundur diri untuk entri kali ini,aku mahu memohon maaf kepada semua bloggers yg sll singgah ke sini kerana rasanya aku takkan berkesempatan utk selalu meng up date blog ini sekerap dahulu kerana keterbatasan waktu senggangku.ini pun aku curi2 masa rehat sejam..rela tak makan sebab nak jenguk jurnal siberku.tu belum lagi friendster,inbox email yg Cuma sempat ku jeling2 shj, fotopages dll.fuh..tak sompek eden nak tengok..
Dan tak lupa untuk ex-office ku,bos dan staf PLF,maaf byk2 sebab tak sempat nak tulis salam perpisaham kat sini.aku terpaksa pulang awal ke kg dari tarikh yg sepatutnya untuk kelancaran urusan pendaftaranku. Terima kasih yang tak terhingga utk segala kerjasama,nasihat senda gurau dan kenangan yang pernah tercipta.mohon maaf atas segala silap dan salah.semoga PLF akan menjadi sebuah yayasan yang disegani suatu hari kelak. Meski hilang dr pandangan namun PLF tetap di hati..dan semoga ikatan ukhwah yang telah tercipta akan berkekalan sampai akhirnya..


