Archive for June 25th, 2008
Do our best!!
Sukan ragam Pendidikan jasmani
Dah masuk penghujung Jun.Semester pertama di IPIK sudah berlalu.Minggu depan kami akan menempuhi alam sebenar mengajar di sekolah selama 3 bulan.Pengalaman ini sesungguhnya amat menggentarkan hati untuk aku yang tak pernah ada pengalaman mengajar.Macam-macam gambaran terlukis di fikiran.Pulak tu aku dapat praktikal kat sekolah bestari Putrajaya.Alahai,canggihnya sekolah.Siap ada portal sendiri.Memang canggih ICT sekolah ni.Tapi aku seronok sebab aku dah dekat dengan ofis lama aku dulu.Aku rasa belum penuh ilmu di dada untuk mengajar orang lain.Tapi aku akan cuba yang terbaik dalam tempoh 3 bulan ini.
Tidak pernah ada minggu yang relaks dan lapang di IPIK ini walaupun minggu depan kami sudah masuk ke sekolah.Setiap hari ada sahaja kerja dan kelas yang padat.Inilah sebenarnya realiti guru pelatih KPLI.Setahun belajar untuk menampung sukatan 3 tahun pembelajaran..terrer sungguh kami..hehe.Tapi banyak perkara yang kami pelajari di sini.Gambar di atas aku ambil sewaktu kami menganjurkan sukan ragam untuk subjek Pendidikan jasmani.Kami sendiri yang jadi penganjur,pemain dan last sekali tukang kutip sampah.Penganjuran sukan ragam ini adalah sebagai salah satu aktiviti yang terkandung dalam silibus.kami reka sendiri costum pasukan masing2.Klu korang perasan group aku jd `bee`.Tu sebeb ada pakai sesungut kat kepala..Nak jadi cikgu kena la kreatif kan..
Anyway,aku ingin mengucapkan ‘Selamat menempuhi praktikal’ kepada semua rakan seperjuangan yang akan memulakan tugas bermula 30 Jun ini.Semoga semua yang kita pelajari dalam waktu singkat ini dapat kita aplikasikan untuk anak-anak didik kita nanti.Buat sehabis baik kerana kita adalah yang terbaik..
11 comments 25/06/2008




