Sakit rupanya kena cium dengan cik L

Selama ini aku ingatkan kena sengat tebuan tu dah sakit sangat dah rupanya sengatan dari  seekor makhluk kecil berkaki banyak itu lebih bisa lagi. Alkisahnya pada satu malam yang dingin selepas hujan turun,aku yang tengah lena beradu tiba-tiba terasa macam kena ketuk kat kepala.Terus aku bukak lampu dan pegang dahi,Sakitnya berdenyut-denyut sampai keluar airmata aku.Dalam mamai aku cari-cari kat toto apa benda yang gigit aku ni..tapi tak jumpa apa-apa.Terus aku kejut mak,mak cakap ni tanda kena gigit lipan,Mak suruh tekap dengan bawang merah untuk kurangkan bisa.Oleh sebab tak jumpa cik Lipan yang cium aku tu jadi aku terus spray ridsect kat tepi dinding takut dia keluar lagi.Aku rasa muka aku dah panas dan merah-merah kat sekeliling mata.Sapu minyak angin pun tak kurang lagi.Terasa bisa tu dah berjalan-jalan kat muka.Sakitnya dan dengan tak malunya aku menangis depan mak.Masa bersalin sesakit mana pun aku tak menangis tapi yang ni memang sakit betul.Emak bagi panadol suruh telan 2 biji baru kurang sikit bisanya,Tapi sampai ke pagi tidur tak lena,Bila bangun tidur pipi dah bengkak tapi gagahkan diri ke sekolah sebab ada sukaneka hari tu,Sampai kat sekolah rasa macam tak larat so mintak kebenaran PK 1 pergi klinik.Dekat je klinik tu sebelah sekolah je.Kat klinik akau dpt giliran no 2 tapi bila aku bagitau aku kena sengat lipan diorang suruh terus masuk bilik doktor.Doktor  injek ubat keluar bisa pastu suruh rehat kat katil.Ingatkan boleh terus balik rupanya lepas 15 minit kena injek tu aku tertidur.Pukul 10.30 baru bangun.Rupa-rupanya doktor bagi ubat bius memang dia nak bagi kita tidur.Sabor je la.Patut la sampai tak ingat dunia aku tidur.hehe..Pas dah ceck tekanan darah dan urine, semua ok.Doktor  cakap mungkin yang gigit aku tu lipan bara berdasarkan pada kesan gigitannya.Katanya lagi kuat immune akak ni boleh tahan sakit sampai pagi kalau orang lain time tu jugak gi klinik.Ye la tu,dia tak tau betapa azabnya aku menahan sakit tu.Sampai nangis-nangis mcm budak kecik.ekeke..Nak gi klinik pukul 3.30 pagi sape nak hantar?

Balik sekolah sukaneka pun dah habis.Doktor nak bagi mc tapi malas la nak amik.Dah sekerat hari dah.Pukul 12 dah balik.Jadi balik ke sekolah jadi bahan bualan perihal aku kena gigit lipan.Pulak tu pipi dah bengkak macam orang pakai botok.tapi yang ni ori punya..haha..hai cik lipan memang suka masuk rumah kalau time hujan.nasib baik tak diketitnya anak-anak,kalau diorang yang kena lagi la mama tak boleh tido..

3 thoughts on “Sakit rupanya kena cium dengan cik L

  1. Wooooo… ini sgt bahaya. dulu2 kat kampung aku memang byk lipan ni masuk umah especially time ujan. dia carik tempat berlindung la tu.

    Teringat dulu kesah abah aku, lipan ni masuk umah n pegi ke arah adik aku, abah aku tk sempat nk capai apa2 utk pukul, dia terus hentak dgn tumit kaki dia je. mmg betul2 kamikaze. huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s