Pena ku menari mencoretkan..

17/09/2008

Ramadhan-Hikmah dalam kesabaran..

Filed under: Uncategorized — myasara @ 12:56 am

Hikmah dalam kesabaran..

Bermulanya ramadhan bermakna tempoh praktikal aku di SKPJ(1) sudah hampir ke penghujungnya.Tak sabarnya nak habiskan lagi  seminggu di sini..Nasib baik dah habis observation dari lecturer, so rilek la sket.Tak dapat dinafikan,minggu kena observe..alahai, rasa cam tak bernafas langsung.Lesson plan kena cantik,portfolio kena kemas,jurnal kena updated..satu hal lagi kalau nak tau, aku sungguh la nervous bila mengajar orang lain tengok ni.Tapi hakikat pelajar intern,of course la kena observe.Kalau tak tak dapat la markah.

Itu belum lagi bab anak-anak didik aku yang `baik-baik` belaka.walaupun Cuma 7 orang je tapi berpusing gak otak ni layan karenah diorang.Bulan puasa ni makin menjadi-jadi diorang punya perangai.Yang suka merajuk,buat keje lambat,suka cakap mengarut..hari-hari la aku kena berleter ingatkan diorang `tak baik cakap camtu,dosa..`or `jangan bergaduh bulan puasa,nanti Allah marah` atau yang lebih kejam sket `cakap la macam tu,jap lagi cikgu stepler mulut tu!`..tapi takde la aku wat,kang tak pasal-pasal kena turun naik mahkamah lak.Nasib baik sabar itu indah..

Bila duduk sorang-sorang lepas sekolah,aku selalu terfikir,dah besar nanti apa la yang anak-anak didik aku ni jadi agaknya? Kalau mengira pun tak boleh macam mana nak menghadapi cabaran masa akan datang? Tiba-tiba terasa berat pulak beban kat bahu ni..Ya Allah,ikhlaskanlah hatiku dalam mendidik anak-anak bangsaku supaya terbuka minda dan hati mereka untuk menerima ajaranku..amin..

17/07/2008

Tag by Kak Ngah..

Filed under: Uncategorized — myasara @ 9:09 am

dah banyak kali kena tag ngan kwn2 tapi tak berkesempatan nak bukak blog.bz betul sejak masuk sekolah ni.so,aku buat mana yang sempat je la ye..

Nama-nama timangan -uda,huda,kak da..masa kat sekolah men.orang panggil Oda..suami panggil ayang..hehe

Anda seorg yg — orang ofis aku ckp aku kerek,kdg2 memang aku kerek pun ngan org yang aku tak kenal

Insan teristimewa ?? Kenapa dia terlalu istimewa dimata anda — keluarga tersayang and of course la suami

Lagu kesukaan anda –lagu In team..semua aku suka

Makanan kesukaan anda –laksa walaupun tak sedap aku belasah je

Warna kesukaan anda — biru and pastel

Sikap yg membuatkan anda stress – orang yang suka merajuk

Tiga benda yg mesti ader dlm beg anda — purse,handphone,kunci rumah

Kali terakhir anda menangis dan krn apa – org yang aku sayang marah aku atas sbb yg tak logik..ntah apa2

25/06/2008

Do our best!!

Filed under: Uncategorized — myasara @ 6:02 pm

Sukan ragam Pendidikan jasmani

Dah masuk penghujung Jun.Semester pertama di IPIK sudah berlalu.Minggu depan kami akan menempuhi alam sebenar mengajar di sekolah selama 3 bulan.Pengalaman ini sesungguhnya amat menggentarkan hati untuk aku yang tak pernah ada pengalaman mengajar.Macam-macam gambaran terlukis di fikiran.Pulak tu aku dapat praktikal kat sekolah bestari Putrajaya.Alahai,canggihnya sekolah.Siap ada portal sendiri.Memang canggih ICT sekolah ni.Tapi aku seronok sebab aku dah dekat dengan ofis lama aku dulu.Aku rasa belum penuh ilmu di dada untuk mengajar orang lain.Tapi aku akan cuba yang terbaik dalam tempoh 3 bulan ini.

Tidak pernah ada minggu yang relaks dan lapang di IPIK ini walaupun minggu depan kami sudah masuk ke sekolah.Setiap hari ada sahaja kerja dan kelas yang padat.Inilah sebenarnya realiti guru pelatih KPLI.Setahun belajar untuk menampung sukatan 3 tahun pembelajaran..terrer sungguh kami..hehe.Tapi banyak perkara yang kami pelajari di sini.Gambar di atas aku ambil sewaktu kami menganjurkan sukan ragam untuk subjek Pendidikan jasmani.Kami sendiri yang jadi penganjur,pemain dan last sekali tukang kutip sampah.Penganjuran sukan ragam ini adalah sebagai salah satu aktiviti yang terkandung dalam silibus.kami reka sendiri costum pasukan masing2.Klu korang perasan group aku jd `bee`.Tu sebeb ada pakai sesungut kat kepala..Nak jadi cikgu kena la kreatif kan..

Anyway,aku ingin mengucapkan ‘Selamat menempuhi praktikal’ kepada semua rakan seperjuangan yang akan memulakan tugas bermula 30 Jun ini.Semoga semua yang kita pelajari dalam waktu singkat ini dapat kita aplikasikan untuk anak-anak didik kita nanti.Buat sehabis baik kerana kita adalah yang terbaik..

15/06/2008

Rawang-Bagan Datoh-Pangkor

Filed under: Uncategorized — myasara @ 6:13 pm

3 week holidays..masa zaman anak dara dulu time cuti la paling best.balik kampung dok bwh ketiak mak.sekarang bila dah kawin kena dok ngan suami.memang la best for newly wed mcm kami tapi husband kena keje shift malam.felt lonely at home..takut pun ada..huhu..Masuk minggu kedua,agaknya dia kesian tengok muka yg kebosanan ni so dia mengusulkan aku balik kampung..yuhu!! dengan segera aku packing sampai kena perli… ‘mcm dah tak nak balik sini je dah’..hehe..

Ada la dalam 3 hari kat kampung tiba-tiba hari Rabu dia kata nak amik.Sampai kampung dalam pkl 11 sbb kat Bidor jem.Org semua nak isi petrol,esoknyer petrol naik harga.Balik salah timing la,selalu pkl 9 dah sampai.Rupanya dia dah apply cuti,nak ajak gi Pangkor..Best gak.Lagipun dah lama tak gi jalan-jalan kat pantai.So kitorang sewa hotel kat lumut sbb kat Pangkor dah full booked.Cuti sekolah kan.adhoc planning punya psl la ni.Anyway,it’s an enjoyable vacation.Kira honeymoon la ni.Naik motor keliling Pangkor..Best2..Thanks hubby..len kali kita gi tempat lain lak..Sementara belum bertiga..Ahaks..

13/06/2008

Sedang ingin bercinta..

Filed under: Uncategorized — myasara @ 12:59 pm

KEKASIH…

 

Akan ku pintal buih-buih menjadi tali mengikatmu

Akan ku anyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu

Akan kutenun awan gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu

Akan ku jahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu

Akan ku petik bintang timur menjadi keronsang menyinari dadamu

Akau ku jolok bulan gerhana menjadi lampu menyuluh tidurmu

Akan kurebahkan matahari menjadi laut malammu menghirup sangkar madumu

Kekasih hitunglah mimpi yang membunuh realiti dari syurga ilusi…

 

 

16/04/2008

classmate 2008

Filed under: Uncategorized — myasara @ 4:58 pm

Tak sempat nak updates cerita baru.Bulan ni terlalu pack dengan assigment dan aktiviti maktab yang tidak terduga.Tiba-tiba je tgk kat notice board ada kursus tu kursus ni.Macam-macam..rindu nak mencoret sesuatu di sini jadi aku mencuri sedikit kesempatan yg ada meng`upload`kan gambar budak-budak kelas aku,K1.24 KPLI 2008,pemulihan khas.Gambar ni diambil di puncak bukit Jugra waktu Bina Insan Guru Mac lalu..Ada waktu terluang insyaallah akan ku curi-curi masa untuk menarikan pena dengan lebih panjang lagi..

30/03/2008

On Mac 2008

Filed under: Uncategorized — myasara @ 10:25 am
notebookwritephp.png

15/03/2008

SBE,election and wedding..

Filed under: Uncategorized — myasara @ 4:52 pm

Ada beberapa perkara menarik yg berlaku awal bulan Mac yang lepas yang ingin aku kongsi bersama.Antaranya pengalaman di Sek.Sg Besi semasa aku menjalani SBE seminggu yang lepas.Kami ditugaskan utk mengganti kelas utk sementara kerana guru-guru meeting.Ada dua kelas aku kena jaga,tahun 3A dan 3J.satu kelas pandai satu lagi kelas lemah.Kelas 3J semuanya pelajar lelaki yang budak-budaknya tersangatlah baik.Bising kalah kat pasar.Diamnya cuma waktu nak keluar rehat,itupun bila aku ugut tak bagi keluar rehat selagi mereka tak diam.ada seorang pelajar kelas ni suka sangat hilang.tengok2 dah berlari ke koridor sambil lambai2 kat aku.Ya Tuhan..mencabar keimanan betul..Kelas yang kedua kontra pulak.baik sangat.Nak buat bising pun takut.Yang kelakarnya ada lak yang mtk no tepon,nak bagi kat pak teh..siap dapat surat cinta masa nak blk.aduhh..berani betul budak2 sekarang ni.

Habis SBE,aku terus balik kampung.Jumaat cuti sebab ramai yang balik kampung utk mengundi.Tahun ni tahun pertama aku mengundi.Undi parti apa ye? opps..undi anda adalah rahsia.Hari mengundi hujan mencurah-curah.hujan rahmat agaknya..

Esoknya Kakngah jadi pengantin..sahabat baik aku dah jadi isteri orang..tahniah dan selamat pengantin baru.Dengan sekali lafaz,Kakngah dah jadi isteri orang.Kena panggil puan la pasni.Tercapai sudah impian untuk hidup bersama..Semoga bahagia selalu mengiringi kalian hingga ke syurga.Lepas ni turn sape? (saje buat2 tanya..hehe)

 

11.jpg
21.jpg

41.jpg51.jpg

01/03/2008

Sukan IPIK kali ke 3

Filed under: Uncategorized — myasara @ 2:08 pm

Sukan sudah berakhir..selepas ini kelas akan kembali berjalan seperti biasa.Minggu ini kami mula menjalani School Based Experience (SBE) selama seminggu di sekolah-sekolah yang telah dipilih.Aku dapat Sek.Keb.Sungai Besi.Kira dekat la jugak.Lepas tu cuti seminggu.tapi banyak kerja yang menunggu untuk disiapkan..huhu..

Hari kemuncak sukan berlangsung pada hari khamis lepas.Aku tak join acara apa-apa pun kecuali sebagai penyokong.Tapi last minit tiba-tiba aku join kawad utk perbarisan unit uniform. yang lagi kelakar aku join kawad pengakap sedangkan unit uniform aku PBSM.Semua kawan-kawan aku dok kata aku pembelot.hahaha..sebenarnya aku memang malas nak join kawad,malas nak gi latihan tiap2 petang.Tapi sehari sebelum sukan,classmate aku mintak tolong join sebab team pengakap tak cukup korum.Aku ok je.selama ni dia pun dah banyak tolong aku.Niat aku ikhlas tolong kawan,lagipun aku takde geng bila semua orang dah masuk acara.Tak sangka perbarisan pengakap dapat tempat ke 2.Tu berkat aku masuk la tu.hehe..em..best lak bila alami pengalaman macam ni,rasa macam kembali zaman sekolah menengah dulu.

1.jpg
baru lepas perbarisan perasmian
2.jpg
tabik semua..haitt!!

14/02/2008

Letih..

Filed under: Uncategorized — myasara @ 1:07 pm

Minggu ni aku rasa terlalu lama masa berlalu.Mungkin sebab aku terlalu letih dengan aktiviti di sini yang banyak melibatkan fizikal kerana kami semua terlibat dengan latihan rumah sukan dan sukan tara di IPIK.Latihan diwajibkan setiap petang bermula pukul 2,dengan cuaca yang panas terik..kena lak lari 800 meter.akibatnya aku demam lepas tu,bangun tidur suara dah takde.pasni nak ckp ngan orang kena la guna sign language.Muka lak sunburn.Maklum le dah lama tak exercise.dah lama tinggalkan aktiviti2 tu.Aduiih..berat betul dugaan nak jadi cikgu..tapi banyak lagi keje kena buat. pasni kena Bina Insan Guru,kena camping 4 hari.kena berkayak lak tu.Moga2 kuat la badan aku nak wat semua tu.

Assigment menggunung,aku perlu berundur dulu..keterbatasan waktu menyebabkan blog ini semakin sepi..harap teman-teman dapat memahami.

« Previous PageNext Page »

Blog at WordPress.com.