Aku dan pena yang menari..

Antara perkara yg aku nak lakukan pada tahun 2016 ni adalah update blog.Tapi nampaknya mcm tiada perkembangan langsung…hihi
Ni dah hampir nak masuk setengah tahun dah..akhirnya kugagahkan diri mencuri waktu menarikan jemariku ini di atas keybord handphone (sekarang nak update blog blh guna hp je..tapi tetap tak terbuat..)
Tahun ini adalah tahun ke 10 kewujudan blog aku.Entri aku yg pertama adalah pada Oktober 2006 iaitu bersamaan bulan pertama aku bekerja di Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF).Masa tu bln ramadan..pekerjaan pertama yang aku terima selepas menganggur 6 bulan.

image

Ni entri pertama dalam blog aku

Blog ni byk kenangannya..kewujudannya sama waktu dengan kehadiran aku ke PLF.Masa aku masuk sini, aku baru lepas frust bercinta.Jadi entrinya byk berkisar tentang kisah2 hati yang terluka je la.

image

Entri minah jiwang..perghh!

Masa tu jugak bos kami galakkan masing2 ada blog sendiri.Jadi kitorang selalu update blog pastu yg komen adalah kitorang sendiri.Itulah terapi kitorang dalam ofis tu.Kadang2 baca komen pun boleh gelak sorang2.
Belek2 semula komen2 dlm entri yang lepas, suka baca komen yang ni,

image

Ni bos yg komen..sempena dgn entri pertunangan aku.klu nak baca entrinya kena cari blk kat archieve sbb aku dah lupa camne nak share linknya..hehe
Sekarang ni dah wujud mcm2 social media lain yg lebih interaktif.blog dah tak bape glamer sgt dah.Kawan-kawan yang seangkatan pun ada yg dah tukar blog..ada yg blognya dah bersawang😉..ada yg dah tak blh log in sebab dah lupa password..takyah kata blog org lain la blog aku sendiri pun setahun sekali je update..tapi tahniah untuk kawan2 yg masih aktif berblogging..harap2nya jangan la kita pencen dalam menulis blog ni ye..kenangan kita bila dah tua nanti..(harap2 masa tu link blog wujud lagi)

Camne ek nak tag kawan blogger yang lain? LOL

Bersawang

Eh…terlupa pulak kita ni ada blog..kekeke..kesian blog ni..banyak sangat sawang..rindu nak menulis tapi selalu kesuntukan waktu..Bukan TAKDE masa tapi tak pandai uruskan masa..
Ni sedang menaip sambil mata dah nak tertutup..sambung esok lah..
Xoxo!

Hari lahir si puteri

17.11.2011 Qaireen Hawani telah selamat lahir ke dunia.
Hawani hanya seberat 2.11kg masa lahir.Yang paling kecik kat hospital hari tu.
Mama cuma sakit 3-4 jam sahaja masa lahirkan Wani.
Dalam labour room masa tu cuma mama seorang je yang nak bersalin.Doktor dengan staff nurse semua tengah breakfast masa mama masuk.
Lepas Wani dah keluar, diorang sambung breakfast balik..haha..kalau mama dah tak lalu dah..
Anugerah yang kedua,puteri tunggal mama setakat ini.Intan payung mama dan abah yang manja dan keletah.Tak boleh berenggang dengan abang Adam sampaikan nak masuk tadika sama dengan Adam.
Amat mudah meminta maaf kalau buat salah..
Qaireen Hawani yang tak banyak kerenah..sangat penyayang pada adik..sesuai dengan makna disebalik namamu..
Selamat ulang tahun kelahiran sayang.Semoga mama dan diberi kesihatan yang baik dan umur yang berkat untuk mendidik dan melihat dikau dewasa menjadi generasi Al quran..
Ketahuilah setiap detik bersamamu adalah momen terindah dalam hidup mama..
Love you very strong Qaireen Hawani..

image

Aduhai putriku sayang,
Kau bunga kebanggaan
Aduhai putriku sayang,
Kau bunga idaman..

*Putriku Sayang -hijjaz*

The third..alhamdulillah

IMG_0133

Meet my 3 months little hero..proudly named as Ajwad Hariri.
Seems so many thing I want to jot down but time were so priceless for a mum-with-three kids this moment..haha..
Maybe next time..tengoklah..;)

Semakin hampir

Sudah 12 ramadan..alhamdulillah mak yong masih mampu berpuasa sampai berbuka.Sedar tak sedar dah 35 week hari ni..wah..makin berdebar-debar menunggu hari.Walaupun dah anak ketiga tapi pengalaman bersalin tak sama.Yang sulung menahan 11 jam sakit..yang kedua 2 jam je.mudah-mudahan yang ketiga ni bakal dipermudahkan juga.
Tadi lalu cermin terperasan perut dah turun.Bahagian atas dah terasa kosong.Patut la asyik rasa nak terkucil je.Macam dah tak lama je..sepatutnya lepas raya.
baby..kalau nak keluar tunggu raya ye..sebab mama nak makan rendang,ketupat,lemang…jangan le keluar awal sangat..baby good kan..hehe..

image

Proses melentur pucuk rebung

image

Qaireen Hawani si anak dara ini sudah mahu bertudung.Dulu cuma mahu bertudung bila ke tadika sahaja tetapi sekarang kalau nak pergi jalan-jalan mesti nak bertudung jugak.alhamdulillah..sebenarnya
selain untuk melentur buluh dari rebungnya, ia juga satu alternatif untuk menjadikan intan payung kami ini kelihatan seperti anak dara…sebab org selalu konfius akan jantinanya dek kerana rambutnya yang segan nak tumbuh!
Semoga kekal berhijab ye puteriku sayang..barakallah..

Secawan kopi

coffee

Adakah saya perlu berhenti mengambil kafein memandangkan kini saya hamil?

Anda tidak perlu berhenti mengambil kafein, tetapi anda mungkin mahu mengurangkannya. Jika anda mengambil terlalu banyak kafein, bayi anda mungkin lahir kecil daripada sepatutnya. Bayi yang dilahirkan kecil berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan hari-hari seterusnya. Ada juga kemungkinan bahawa tahap kafein yang tinggi boleh menyebabkan keguguran. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang sedikit pun mungkin mempunyai kaitan dengan keguguran.

Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari.

http://www.babycenter.com.my/a1052968/kafein-dan-kehamilan-apakah-yang-selamat#ixzz33FDdzYUh

I prefer coffee than tea but since this pregnancy I do not like drink coffee even smells the aroma.It is true and I don’t have idea why its happened..