my little boyfriend

idlan1.JPG

Salam penuh kemesraan..kali ni aku nak tulis sket pasal budak kecik yang pakai baju merah kat atas tu.Tu la buah hati pengarang jantung kami sekeluarga – Mohd Idlan anak saudara aku yang pertama merangkap cucu sulung mak + ayah aku. Dia baru je umur 3 tahun setengah tapi kalau bercakap kalah orang dewasa.Tengok la stail posing tu,bajet macho la tu.Ni gambar masa raya ari tu.Penat la pujuk dia suruh pakai baju melayu,macam-macam alasan dia.nasib baik adik aku (mak cik favourite dia) pandai pujuk baru dia nak.Walaupun dia anak sulung dan baru je dapat adik tapi tak nak dipanggil abang.Bila kitorang panggil ‘abang Idlan’ nanti jawapnya camni,

‘bukan abang la,adik..

abis tu adik Iqbal (adik dia) nak panggil apa?

tu baby..bukan adik..’

Dia ni suka sangat kereta.Asal nampak kereta je mesti dia kata tu kereta abah dia.Barang-barang mainan dia semuanya kereta.Pastu suka sangat cakap sorang-sorang.Kalau dapat pegang buku baru diam.Suatu hari tu kakak aku kena pergi hospital buat medical check up bawak dia sekali.Kat kaunter yang jaga seorang pak cik botak. Anak sedara aku ni tengok jer pakcik tu dari mula dia datang.Bila nak balik dia boleh tanya kat kakak aku depan pakcik tu camni,

“eh,mana rambut dia?”. Nasib baik pak cik tu sporting,dia senyum jer.orang-orang yang ada kat situ semua merah muka tahan gelak.ye la,nak gelak kang kecik hati plak pak cik tu. Balik dari situ kakak aku bagi warning kat diakalau adik tak mau dok diam lain kali mama tinggal kat sana,biar kena cucuk“. Terus dia diam sebab dia ni trauma sket kalau kena cucuk..

Satu lagi kes bila mak aku bawak dia pergi raya. Biasa la tuan rumah mesti hidangkan air . Bila tuan rumah bagi air kat dia dia cakap camni Tima kaceh. ala, wat cucah-cucah jer (susah-susah je)”..

nakal sungguh anak sedara aku ni.tapi kalau dia takde sunyi lak.Anak aku esok ntah camne la..ahaks.Biasa la tu budak-budak tengah meningkat naik.Moga-moga dia akan menjadi seorang anak yang baik dan soleh yang menjadi kebanggaan abah dan mamanya di masa hadapan.Insyaallah.

Ya Allah kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang soleh sebagai penyejuk mata dan keturunan yang tetap sembahyangnya..’ (elok diamalkan slps solat fardhu).


6 thoughts on “my little boyfriend

  1. wow.. dah tukaq background lain plak… caya la myasara…

    jangan risau.. adalah pengganti myasara tu nanti…lagi baik dan memahami hati dan perasaan… amen…

  2. anak sedara adalah penghibur hati di kala duka..
    oleh itu, anak-anak ini adalah kurniaan Tuhan untuk menghiborkan hati emak+bapaknya…

    semoga ketemu…

  3. Awallah Dondang

    Awallah dondang (2 X)
    Dondanglah sayang
    Ayum-ayum
    Awallah dondang
    Dondanglah sayang

    Suara mersik burung kenari
    Bagai meraut rotan sebatang (2 X)
    Ayum-ayum
    Tiada nasib untuk dicari
    Bagai melukut tepian gantang (2 X)
    Ayum-ayum

    Awallah Dondang (2 X)
    Dondanglah sayang
    Ayum-ayum
    Awallah dondang
    Dondanglah sayang

    Serindit putih di dahan manggis
    Kemana pergi burung kenari (2 X)
    Ayum-ayum
    Langit merintih awan menagis
    Lukanya hati tanggung sendiri (2 X)
    Ayum-ayum

    Awallah dondang (2 X)
    Dondanglah sayang
    Ayum-ayum
    Awallah dondang
    Dondanglah sayang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s