Love and bus

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, kita tengok bas tu dan kata pada diri,

“Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadi, kita katakan pada diri kita, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Kita pun biarkan bas tu berlalu dan kita tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Kita tengok bas tu dan kita akan cakap,

“Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kita pun biarkan bas buruk tu berlalu dan kita bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ini kita kata,

“Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi kita biarkan bas tu berlalu dan kita bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yg kita pula dah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar bahawa… kita dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni kita dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg kita nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair- cond, adakah kita dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk kita?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yg kita idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kita dapati “bas” itu tak sesuai dengan kita, apa yg perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi…pasti kita semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg kita nanti-nanti kan), kita tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, kita akan terjatuh dan menyakiti diri kita sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada kita nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri kita. Dan bila kita berjalan, kita sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

8 thoughts on “Love and bus

  1. satu hari nanti satu Bas executive coach akan munchul..
    berdoa kat Tuhan, semoga dipertemukan ye…

    bas nie mesti ada layanan best punya la…amen.,,,

  2. Betul tu.Kat kampung aku pun ada bas,tapi nama bas tu Omnibus.kalau naik terasa macam hidup dalam perang dunia ke 2.

  3. Blue Omnibus…

    red and yellow Omnibus

    Bas Wai Thong…

    Kelang-Sabak Bernam-teluk Intan Express

    Rapid KL

    nak bas 2 tingkat ye? ermmmm tinggi taste budak nie rupenye…hehe

  4. axl rose, budak-budak genit ni taste tinggi.ini kajian la.semuanya besar dan tinggi.cita-cita tinggi melangit,barang-barang semuanya best2.pendek kata semuanya taste tinggi la.jangan marah erk??ini just kajian.Tapi kalau ada, mungkin benar la kajian tu.

  5. secara logiknya mmg patut aku mtk yg lbh best dr yg dulu sbb:

    1.aku selalu kena kes yg sama
    2.sblm ni aku bukan org yg terlalu memilih (aku terima org tu seadanya)

    so aku rasa tak salah klu aku nak yg terbaik utk hidup aku..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s