Dewasakah anda?

 

Anda tentunya dewasa dan matang bila :

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh
seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa
tidak sewajar dengan mereka

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara
yang anda fikir boleh dapat

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat
hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling
menghalang maksud anda

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa
memperbesar-besarkannya

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan
demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak
setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi
yang benar-benar anda minati

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu,
tanpa merasa malu

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh
tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya
berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya
dengan lebih sempurna

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak
merasa senang kerananya

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak
anda sukai

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat
tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan
orang lelaki secara jujur

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan
wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap
wanita

Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain
sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur

 

10 thoughts on “Dewasakah anda?

  1. angan-angan, jejaka idaman hati,
    punyai personaliti… hebat lagi…

    setiap manusia nie akan menchapai satu tahap matang dan menjadi dewasa
    pada suatu ketika.. setiap org tu lain-lain. tak sama.
    ada yang umornye muda, tapi dia dah matang… ada yang umor tua, tapi tak matang-matang.. last last pi matang (kota ngah ibrahim) la kat tepen nuuuu..

    tapi, pergaulan kita dengan persekitaran akan membuatkan kita belajor mnjadi dewasa.. kerna persekitaran yang sehat akan mmbuatkan kita jadi dewasa dan berpikior mcm org dewasa…

    so, charilah org yang baik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s