Selamat Datang 2007!

Sayonara 2006…

 

 

Akhirnya 2006 melabuhkan tirainya. Semasa aku menulis blog ini 3 hari lagi 2007 bakal menjelma.Serasa baru semalam menikmati kenangan zaman pelajar yang penuh suka duka.Lambakan assignment,presentation yang selalu mendebarkan,cinta remaja yang bahagia,teman-teman sekampus yang penuh dengan kenakalan dan idea gila-gila..sekarang semuanya sudah berlalu,namun rasa rindu untuk kembali ke waktu itu tak pernah luntur.Aku masih ingat hari terakhir melangkah keluar dari bumi Sintok,masing-masing rasa gementar untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa teman-teman tersayang menemani seperti zaman belajar.Hidup perlu diteruskan dengan cara tersendiri,suka dan duka entah siapa pula di sisi.Mungkin pada sesetengah teman buat masa ini sudah berdua mungkin bertiga melayari kehidupan berumah tangga dengan bahagia.Itulah reality sebuah kehidupan,naluri berpasangan dan kehadiran orang-orang tersayang yang akan menghilangkan segala kerisauan yang terbuku dan membuat kita semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan.Life is short,so make it sweet..

 

Pada aku secara peribadi 2006 adalah tahun yang menguji kekuatan dan kecekalan diriku dalam menghadapi liku-liku hidup ini.Benarlah kata pujangga, langit tidak selalunya cerah.Awal 2006 aku  bergelar penganggur terhormat setelah kontrak bekerja di Jabatan Perangkaan telah tamat.Sebulan selepas itu aku mengambil keputusan untuk mengikuti kursus keusahawanan anjuran Mara dengan harapan menggunung untuk membina kerjaya dalam bidang ini.Kira-kira lima bulan aku dan teman-teman mengikuti kursus asas di Terengganu dengan janji dari pihak penganjur akan memberi peluang kerjaya kepada kami tapi selesai tempoh itu pelbagai masalah dan kesukaran timbul hingga aku terpaksa melupakan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri. Mungkin bukan rezeki aku di bidang itu agaknya.Dan sekali lagi aku bergelar penganggur dalan tempoh yang agak panjang.Sepanjang tempoh itu terasa peritnya menjadi penggangur terhormat.Bila bertemu teman-teman lama yang sudah berkerjaya rasa rendah diri sangat.Tapi aku cekalkan hati dan pujuk diri sendiri yang semua ini hanya sebuah ujian sementara dari Yang Maha Esa.Dan akhirnya Dia mengabulkan doaku.Alhamdulillah,walaupun bukan kerjaya impian aku tapi aku berpeluang belajar sesuatu yang baru.

 

2006 juga menyaksikan sekali lagi airmataku mengalir kerana seorang lelaki yang aku sayangi.Jalinan kasih yang terjalin setahun lamanya akhirnya terlerai begitu sahaja.Aku masih ingat lagi detik terakhir kami bersama,penuh dengan tawa dan gurau senda tanpa sebarang perselisihan.Selang sehari selepas itu tiba-tiba dia melafazkan kata perpisahan tanpa alasan.Malam itu buat pertama kalinya aku kelu berhadapan dengannya dan dalam hujan renyai aku hanya mampu lihat dia berlalu pergi dari hidup aku.Aku sedih  tapi aku tak tahu apa harus aku buat waktu itu.Aku terasa ingin menangis tapi airmata cuma mengalir dalam hati.Seribu persoalan singgah dalam fikiranku.Kenapa perlu begini akhirnya perjalanan cerita kasih antara aku dan dia? Kenapa aku masih lagi berjumpa orang yang salah? kenapa harus pergi setelah memberi harapan yang menggunung? kenapa setelah aku membina sebuah istana tiba-tiba dia baru maklumkan yang tiang serinya belum ada?

Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi sebegini tapi perpisahan kali ini benar-benar menguji kesabaran hati perempuanku.Kenapa dalam ramai perempuan masih aku lagi yang dipilih untuk ujian seperti ini? Ya Allah,berikanlah aku hati yang redha dengan qada dan qadarMu.Sesungguhnya sebagai hamba aku layak untuk diuji dengan ujianMu.Walaupun pahit dan sukar untuk menghadapi sesuatu yang berulang, aku pasrah.Aku tahu, Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa airmata tapi Dia memberikan penyembuhnya.Dia datangkan hujan dan hilangkan matahari untuk menemukan kita dengan pelangi yang indah.Dan aku sentiasa bersabar menanti  pelangi itu muncul.Tuhanku,aku memohon padaMu agar tiada lagi duka untuk hari-hari yang mendatang. Ujian yang melanda adalah pengalaman berharga yang akan mematangkan hidup kita supaya kita belajar sesuatu daripadanya.

Harapanku untuk seseorang yang pernah singgah dihati seandainya terbaca coretan ini,belajarlah untuk menjadi setia dan memahami hati seorang wanita.Bukan harta dan paras rupa yang terlalu aku agungkan,cuma kasih sayang dan kejujuran yang telah Allah kurniakan pada setiap yang bernyawa di dunia ini.

 

Selamat Tahun Baru 2007 dan selamat hari raya aidiladha kepada semua..

 

Anak punai anak merbah

Terbang rendah buat sarang

Anak sungai lagi berubah

Ini pula hati orang mengapa dikenang..

 

 

 

 

5 thoughts on “Selamat Datang 2007!

  1. ikan tenggiri si ikan haruan
    masak si emak dijadikan bekal
    idup ini suatu ujian
    hadapinya dengan tabah dan cheqal.

    budak india makan roti
    makannya pula di atas dahan
    manusia memang tak henti diuji
    adat manusia ciptaan Tuhan

    pergi ke sungai untuk mandi
    di tengah jalan ada si rama-rama
    kasih sayang kurniaan Ilahi
    jagalah ia selama-lama

    ketupat beras ketupat palas
    makan beramai semasa baraan
    bila berkaseh biarlah ikhlas
    kelak kekal berpanjangan

    hari minggu merebus laksa
    beli pula di pasar selasa
    usahlah kamu berputus asa
    kelak berjumapa yang lebeh setia

    selamat tahun bharue… yeeeha

  2. Axl berpantun..tu dia.Anyway, 2006 akan sentiasa jadi ingatan aku sebab aku belajar bermacam-macam pasal hidup ni.Semoga fajar 2007 yang menyinsing akan memberi lembaran baru bagi kawan-kawan dan diri aku sendiri.Selamat tahun baru!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s