Banyak perkara yang tidak dijangka sering berlaku dalam hidup kita.Kadang-kala yang dirancang tidak menjadi seperti yang dikehendaki.Itulah sebenarnya realiti sebuah kehidupan,tanpa keizinan dari yang Esa,tidak akan berlaku sesuatu kejadian itu.Begitulah yang terjadi dalam realiti hidup aku. 19 Februari lalu aku telah bergelar tunangan orang..Lelaki yang dipilih sendiri oleh orang tuaku.Rasa macam orang dulu-dulu pulak,tak kenal tiba-tiba bertunang..Dan ianya menjadi sesuatu yang mengejutkan terhadap sahabat-sahabatku terutamanya bebudak ofis yang tahu aku selama ini aku pemegang status single and available!
Dengan termeterainya ikatan ini bermakna aku telah termasuk dalam geng Nandre,Suliana dan Duna melangkah setapak lagi ke hadapan dalam hidup kami yang menjadi impian pada setiap orang di dunia ini.Terima kasih kepada teman-teman yang sudi datang memeriahkan majlis pertunangan aku dan terima kasih kerana selalu memberi keyakinan bahawa bahagia itu sentiasa ada pada orang yang sentiasa sabar dan redha dengan ketentuan ilahi. Mohon maaf kepada teman-teman yang lambat mengetahui,bukan niatku menyembunyikan kebenaran.Biarlah ianya menjadi sesuatu yang pasti dahulu.
Tuhanku,seandainya ini yang telah tertulis untukku,berikanlah aku hati yang redha untuk menerimanya.Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui yang tersurat dan tersirat.Doaku,semoga dia adalah yang terbaik untukku..
Di tanganMu Tuhan,kupasrah impian
penentu jodoh pertemuan
seandai dirinya tercipta untukku
rela ku menjadi miliknya..