Jika itu takdirNya..

kek1.JPG

Banyak perkara yang tidak dijangka sering berlaku dalam hidup kita.Kadang-kala yang dirancang tidak menjadi seperti yang dikehendaki.Itulah sebenarnya realiti sebuah kehidupan,tanpa keizinan dari yang Esa,tidak akan berlaku sesuatu kejadian itu.Begitulah yang terjadi dalam realiti hidup aku. 19 Februari lalu aku telah bergelar tunangan orang..Lelaki yang dipilih sendiri oleh orang tuaku.Rasa macam orang dulu-dulu pulak,tak kenal tiba-tiba bertunang..Dan ianya menjadi sesuatu yang mengejutkan terhadap sahabat-sahabatku terutamanya bebudak ofis yang tahu aku selama ini aku pemegang status single and available!

Dengan termeterainya ikatan ini bermakna aku telah termasuk dalam geng Nandre,Suliana dan Duna melangkah setapak lagi ke hadapan dalam hidup kami yang menjadi impian pada setiap orang di dunia ini.Terima kasih kepada teman-teman yang sudi datang memeriahkan majlis pertunangan aku dan terima kasih kerana selalu memberi keyakinan bahawa bahagia itu sentiasa ada pada orang yang sentiasa sabar dan redha dengan ketentuan ilahi. Mohon maaf kepada teman-teman yang lambat mengetahui,bukan niatku menyembunyikan kebenaran.Biarlah ianya menjadi sesuatu yang pasti dahulu.

Tuhanku,seandainya ini yang telah tertulis untukku,berikanlah aku hati yang redha untuk menerimanya.Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui yang tersurat dan tersirat.Doaku,semoga dia adalah yang terbaik untukku..

Di tanganMu Tuhan,kupasrah impian

penentu jodoh pertemuan

seandai dirinya tercipta untukku

rela ku menjadi miliknya..

15 thoughts on “Jika itu takdirNya..

  1. wah, bestnya kak uda dah engaged la…
    patutlah berseri-seri muka nya… ermmm
    berkilauan sunggoh jari-jemari nya jugak..
    bak kata org, setiap sesuatu tu ada hikmahnya.
    kita dpt yang lebeh baik.

    maka, termaterilah satu lagi perjanjian
    ermmm.. siap tayang kek lagi weee wiittttt…

    tahniah karna sudah menjadi geng2 yang seangkatan..
    ermmm 1 laki, 3 pompuan… apa crita yang lain plak nie?
    hehe

  2. thank you..insyaallah semua akan dijemput nanti terutamanya ustaz Amin sebab kena baca doa..

    Amy,saje je tunjuk kek..tak nak expose diri sendiri..

  3. hud,
    moga ko bahagia menyulam chinte..hehehe..
    suker tol aku berkawan ngan geng “tunang-tunangan” ni..
    bukan aper,saje nak amek aura..hhuhuhu..
    maner tau next time my turn lak..ble ekh?heheh

  4. skrg dh jadi tunangan org, dh x boleh sdih2 cam dulu tau..
    xpe dpt pn ngan ‘sedolor’ aku…tambah rapat la ye kita Bik Da…

  5. pasni tunggu princess eagle ngan shahproton lak..bile agaknyer ek..

    Etons,ni semua ko la punya aura..tak pasal-pasal aku dah memegang status baru..huhu

  6. beshnye tunang2 nie..dapat cake yg cantik2 cam tu kan?
    nak gak.. lapo lak aku petang2 gini nengok cake yg delicious tue

  7. Dan didoakan untuk Jelapang semoga cepat masuk dalam geng kami..meriah sket,tambah lagi sorang lelaki..hehe..

  8. lagi best kahwin style mcm org dulu2 ni tau.. matchmake ni..
    betul..
    rasa mcm mula2 bercinta.. setiap yg berlaku ada hikmahnya tau huda..
    gud luck..

  9. lagi best kahwin style mcm org dulu2 ni tau.. matchmake ni..
    betul..
    rasa mcm mula2 bercinta.. setiap yg berlaku ada hikmahnya tau huda..
    gud luck..

  10. tu la dia…
    best kan kak uda dah tunang.. ada bau bau bachang dengan suliana nie ye?

    princess eagle nie belom lagi nie…cepat2 la sikit… org lain dah sudah, hang bila lagi nie?

    suzila dan kak anne pon belom lagi… cepat2 ye…
    tak sabor aku nak tunggu nie…

  11. kak uda tak bule nanges2 dah…
    dengaq lagu pon kena dengaq lagu yang hepi2 je…
    jangan dengaq lagu2 sedeh ye… lupakan yang lama, ambek yang baru buat penawar jiwa dan raga…

    baru la syok org tengok nye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s