Fikirkanlah sebelum..

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

7 thoughts on “Fikirkanlah sebelum..

  1. ” Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
    Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita. ”

    ulasan: ya cik hud hud, semuanya tu benar belaka.
    sekurang-kurangnya kita harus bersyukur kerna mempunyai pekerjaan yg membolehkan kita untuk menyara hidup sehari-hari..oleh itu, fikikanlah sejenak wahai sahabat2 semua….

  2. sesunggohnya kerja yang kita perolehi skrg adalah suatu kurniaan Ilahi kpd kita. bersyukorlah karna dikurniakan..
    ini adalah satu ujian kepada kita dalam menguji kesabaran hambaNya.
    mungken lps nie adalah cahya ruzki yang lebeh baek…

    ulasan: aku pon pernah suatu ketika dulu tidak dpt idup mewah mcm skrg karna kerja dulu tu mmg gaji yang rendah sehinggakan aku belasah maggi tiap2 malam, tapi campor sayur-sayuran untuk bagi zat dan vitamin.

    lps itu barulah datang cahya ruzki yang aku anggap berbaloi dan mewah lah…amennnn,.,,,, syukran syukran…

    hakikat zaman skrg nie, banyak lepasan dan persaingan dalam industri.. oleh itu, bersedialah dalam menghadapi persaingan globalisasi dan jadilah Melayu Glokal…

  3. betul tu..semua ni dugaan dariNya ,nak tengok kita ni bersyukur ke tak.Sesungguhnya Allah memberi ujian pada setiap hamba yang selalu mengingatiNya.Yang penting jangan jemu berusaha…

  4. insafnye…baguslah aku dapat kengkawan yang warak cam korang nie..moga aku lebih bersyukur lepaih nie

  5. ye betui tu…
    oleh itu, marilah insaf beramei-ramei..
    insaflah wahai umat, lafazkan lah dua kalimah, dirikanlah solat dan bersyukurrrrrrrr….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s