Ingat-ingat lupa..

Description:

 

 

ingat x bagi kanak2 yg membesar di zaman 80 an kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?… hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah…
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt… program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan… kan?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. Hankyu Jaya, Yaohan – shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu… ada yang suka stoking tebal laaa…
internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, ‘Ti Kam’. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh…
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa…
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, kejar2 duduk…
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
hmm… budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar ‘remaja’.
bagi diorg, diorg mane pernah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children… ‘ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife nyanyi… .bkn Billy Joel nyanyi…
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih… dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone…

Jangan lupakan kami..

sweet.jpg

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Kau Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

“Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini.
Teruskan Perjuangan”

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu..

*Untuk Suzila yang telah bergelar pendidik,selamat berhijrah ke alam pekerjaan yang baru. Semoga tabah menghadapi apa jua rintangan dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi

kalau ada umur yang panjang boleh kita bertemu lagi

kalau cinta itu buta itu tanda sayang menyayangi

kalau PLF orang bangga itu tanda keluarga kami..*