Sweet memory at Langkawi

Moshi moshi..salam manis buat semua.Lama dah tak update blog..Kemalasan melanda diriku sejak akhir-akhir ni, so minda pun jadi beku.Tapi kebekuan itu telah menjadi cair bila menjejakkan kaki ke Langkawi.Bermula dari 10-13 Mei lalu aku dan sebahagian warga PLF telah mengikuti lawatan ke Langkawi.Bestnyer!!( walaupun ni kali kedua aku pergi sana)..hehe..ni la antara aktiviti yang telah kami ikuti di sana.

10 Mei pukul 10.00 malam-Bertolak dari Putrajaya.Takde apa yang menarik,aku tidur start bas bergerak sampai bas berhenti kat jeti Kuala Perlis.Diorang bising dalam bas pun aku tak sedar apa.Sampai kat jeti dalam pukul 5.30.Solat subuh pastu naik feri bertolak ke Pulau Langkawi..yeah..here we come!

edit.jpg muka bangun tidur..baru sampai..

11 Mei 2007-Tok senik adalah tempat penginapan kami selama 2 hari di sana.Aku dengan Kak ngah dok satu bilik kat rumah Halil.Cantik-cantik belaka rumah kat situ,teringat rumah kat kampung pulak.Hari pertama kitorang pergi ke kilang gamat. Pastu shopping kat pekan Kuah yang terkenal dengan deretan kedai bebas cukai.Tapi malangnya hari tu hari Jumaat so tak banyak kedai yang bukak sebab kat Kedah hari Jumaat cuti.(selamat duit aku..)

Sementara tunggu yang lain shopping aku perasan ada orang jual sesuatu kat depan bas persiaran yang kami naik tapi aku malas nak amik tahu.Rupanya yang orang tu jual adalah gambar kami yang dah siap laminated dalam frame,gambar candid masa turun kat kilang gamat tadi.Pandai diorang buat duit.. Kelakar tgk gambar aku yang terpejam tapi terpaksa la beli,kang tak pasal-pasal kena tampal kat tepi bas lak..haha.

 

test2.jpg Kilang Gamat

Destinasi seterusnya ke makam Mahsuri.Sampai di sana ada persembahan teater Mek Mulung tentang Mahsuri.Terasa kembali ke zaman Kesultanan Melayu Melaka pulak tengok citer tu.Pastu pergi ke lapangan terbang yang diorang guna waktu LIMA.Tak ingat lak nama tempat tu.

 

telaga.jpg Telaga Mahsuri


Malamnya kami makan di Telaga Harbour.Cantik berkerlipan dengan lampu tempat ni waktu malam.Makanan memang sedap sampai sengkak perut aku.Macam biasa aktiviti lepas makan adalah berposing..tapi tak nampak gambar lampu-lampu tu.Kami balik ke resort lebih kurang pukul 11 lebih dengan perut kekenyangan. Esok nak kena bangun awal..

 

telaga-harbour.jpg Telaga Harbour..sempat lagi pose..

 

12 Mei 2007-Hari ni lawatan seterusnya adalah ke Akuria,Taman Buaya dan Gunung Mat Cincang,naik Cabel Car..Mak oii gayat!! tapi maintain cool.Yang paling tak boleh lupa masa daki bukit kat situ,aduihh krem kaki.maklum le dah lama tak exercise..time turun laju je,time nak naik tu yang seksa.Tapi walau apapun pose tetap cun!!

 

 

 

 

 

 

tara.jpg I believe I can fly..(gayat sebenarnya ni..)

Malamnya ada pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.Aku tak join karaoke,kang tak pasal-pasal hujan lak.hehe.Terhibur tengok kawan-kawan nyanyi lagu.Tapi paling best aku dapat kipas angin sebagai cabutan bertuah.

13 Mei 2007-Bertolak balik.Sebelum tu sempat lagi pose kat dataran Lang.Bila lagi agaknya nak datang sini.Perjalanan pulang kami berjalan dengan lancar dan sampai ke Putrajaya lebih kurang pikul 11 malam.Walaupun penat tapi sesungguhnya aku enjoy dengan trip ni..moga ada kesempatan untuk aku join travel macam ni lagi.Insyaallah.

test3.jpg
Perasan tak kitorang pakai baju Af? hehe.

 

 

 

 

 

 

3 thoughts on “Sweet memory at Langkawi

  1. weii……..aku x jeles korang pegi langkawi pasal aku dah penah pegi, tp aku jeles korang dpt baju AF… huhuhu nak gak….

  2. baju AF hang jeles suhana?
    lainlah baju american Idol ke? the bachelorette ke? atau baju the apprentice ke? baru la kena jeles… hahahahahaaaa…

    saja ja aku sronok melawak dgn hangpa adek2 semua nie…
    bak kata pepatah, kucing berlari atas pagaq, ulat mati tersepit di celah perigi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s