Orang yang mencintai kamu..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selalmat pagi’,’selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu

Advertisements

Nandre dah kahwin..

nan1.jpg

Selamat pengantin baru

semoga kekal abadi

bahagia ke anak cucu

sentosa murah rezeki..

alhamdulillah bertemu jodohnya

berkat kesabaran akhir terlaksana..

 

 24 Jun 2007 telah berlangsunglah majlis perkahwinan The Legend@adnan-blogger yg rajin menulis komen dalam blog setiap orang di sini dan merangkap Librian PLF.Kami berkonvoi tiga kereta bertolak dari Putrajaya ke Sekinchan,rumah pengantin perempuan.Kereta MyVi milik Shuzaina,Kenari milik Aina dan Honda City milik en.Azhar.(Rumah pengantin lelaki tak dapek la den poie sobab masa tu den ado hal).Ketua konvoi kami adalah Suliana yang dah mahir dengan jalan ke arah sana (maklumle,jalan balik ke Perak).Sampai di rumah pengantin lebih kurang pukul 2 lebih.Pengantin nampak berseri-seri(terutama pengantin lelaki) dengan persalinan pengantin warna coklat.Wah,Nandre dah jadi suami orang sekarang menjadikan kelab ‘darah manis ‘ PLF dah takde presiden.Walau apapun,selamat pengantin baru untuk Adnan Rizal dan Norlita.Semoga kebahagiaan itu menjadi milik kalian hingga ke akhirnya.Lepas ni giliran siapa pulak? Tunggu dan lihat..

Suliana now was 26!!!

kak-ngah.jpg

awan berarak ceria

tiada titisan hujan

pohon melambai tanda sokongan

kususuri perjalanan bertemankan senyuman

dihari lahirmu sahabatku

dedaun berguguran membuktikan kedewasaan

walau tanpa mata dan hadiah

namun cukup untukmu

sekadar ucapan selamat hari lahir

iringan doa ku hulur

bersyukur kepadaNYA atas nikmat usia

sahabat

usia yang Tuhan kurniakan ini

kau hiasilah ia dengan amalan yg murni

semoga ia menjadi temanmu di akhirat sana

usiamu ibarat mutiara tiada berganti lagi

hiaskan iman bersulam takwa

agar sempat mengucup haruman syurgawi…

 

16 Jun yang lalu adalah hari lahir Kak Ngah@Siti Suliana@Som yang ke 26.Selamat hari lahir ke Kak ngah…Didoakan semoga dengan bertambahnya usia ini,akan bertambahlah kematangan dan bertambah dewasa dalam menghadapi hidup yang penuh cabaran ini.Kak ngah,adalah nama istimewa yang aku panggil sejak dari sekolah menengah lagi.Aku dan Kak ngah rapat sejak kami form 6 lagi.Antara kami berdua ada ‘chemestry’ yang membuatkan kami jadi ‘ngam’. Dia adalah insan yang sentiasa setia tika aku menangis,tika aku ketawa,tika aku benar-benar memerlukan seseorang.Dia adalah anugerah tidak ternilai yang diberikan oleh yang Esa untuk aku meneruskan hidup yang penuh suka duka ini…

‘Eagle’ melebarkan sayapnya..

Hari ini hari terakhir buat si genit Firdawati@princesseagle911 di PLF kerana mulai minggu depan beliau telah bertugas di tempat baru.Tahniah diucapkan dan tahniah juga kerana bakal melangsungkan ikatan pertunangan hujung minggu ini.Seorang demi seorang volunteers meninggalkan PLF,itu adalah perkara biasa yg berlaku di sini.Suatu masa nanti akan tiba jugak giliran aku..cuma tak tau bila.Dalam masa setengah tahun aku di sini banyak perkara berlaku.Anak dara di PLF hampir sebahagian telah bergelar tunangan orang.Yang bakal bergelar suami orang pun ada.Kepada Firda,welcome to our club,club orang berdarah manis.dan tak lupa juga buat Amin yang telah memegang tampuk club ini menggantikan Nandre yg akan bersara tidak lama lagi.hehe..