Si panjang tangan

Pagi tadi sewaktu keluar rumah untuk ke ofis aku terkejut bila tengok seluar jeans blue black yang aku sidai petang semalam dah takde.Hilang lagi? Masuk kali ni,dah dua kali aku kehilangan barang semenjak duduk rumah baru.Sebulan yang lepas kasut ala ballet aku hilang walaupun pintu rumah aku ada grill.Kalau dah namanya pencuri,benda susah macam manapun terserlah kreativitinya nak mengaut barang orang.Yang peliknya kasut orang lain yang lebih cantik kat situ tak pulak diusiknya.Nampaknya si panjang tangan ni gemar sangat dengan barang aku.Aku rasa mungkin budak-budak belasan tahun, (berdasarkan pada saiz kasut dan seluar yang aku pakai.) Geram betul aku.Walaupun benda-benda yang hilang tu tak semahal mana tapi ada gunanya pada aku.Moral of the story,nampaknya kawasan rumah tu dah tak selamat untuk meletakkan barang di luar rumah walaupun untuk baju yang basah!!

Advertisements