Ramadhan Al Mubarak

 

Genap dua minggu Ramadhan dilalui.Malam ni terawih dah kena baca doa Qunut..Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan ‘salam ramadhan al mubarak‘ kepada semua.Alhamdulillah,tahun ini masih berkesempatan untuk kita semua menjalankan ibadah puasa di bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam seluruh alam.Bulan yang menjanjikan keampunan,pahala yang berganda dan pelbagai lagi nikmat dan rahmat dari Allah SWT..nampaknya tahun ni tahun terakhir aku berbuka dan bersahur dengan kawan-kawan sebab tahun depan aku dah kena bangun sahur dan masak untuk suami pulak..insyaallah.Tapi berpuasa yang paling best tentulah puasa dengan family.Bangun sahur je mak dah sediakan semua..tinggal makan je.Tu pun liat lagi nak bangun tapi kena bangun jugak sebab tak tahan dengar mak membebel dari dapur  panggil suruh bangun sahur.Mak memang wajibkan pada kami anak-anaknya bangun bersahur sebab bersahur tu banyak kelebihannya walaupun sekadar minum air.Bersahur kat hostel masa zaman sekolah dulu lagi la sadis.Nak kena pegi dewan makan kena pakai baju kurung,sarung tudung..untung jadi budak lelaki pakai kain pelekat pun takpe.Masa tu bantal dangan tilam tu rasanya lagi sedap dari nasik dengan ikan cencaru masak kicap kat dewan makan tu (menu utama setiap kali sahur). Sekarang ni dah hidup sendiri dengan kawan-kawan kadang-kadang je bangun sahur.Selalunya malam lepas terawih makan nasik malas dah nak bangun sahur.bangun sekejap je,minum air pastu lena balik..zzzz.Walau apapun,bangun sahur tu memang banyak kelebihannya supaya kita mendapat tenaga siang hari nanti.Tak la rasa letih sangat untuk bekerja atau beribadah nanti.Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dari yang Esa di bulan mulia ini.Puasa bukan lama pun,sebulan je..so banyak-banyak la bersabar..

I’m getting older..

besday-gurl-26.jpg

wish1.jpg

* wishes on my lovely birthday card from PLF staff..Dear all, thanks for the warm and sweet wishes..!!! *

I’m turned to 26 today, 6 September 2007..Syukur ke hadrat ilahi kerana masih mengurniakan usia yang panjang,kesihatan yang baik dan kehidupan yang bahagia untuk ku. 26 tahun bernafas di bumi Allah ini, adakalanya aku jatuh tersungkur dengan ujian yang menyesakkan, ada waktunya aku tersenyum kemenangan tapi aku tahu hidup adalah sebuah kurniaan yang terindah dari Pencipta. Semoga dengan bertambahnya usia,bertambah matang aku menjalani liku dan ranjau kehidupan ini. Semoga Allah memberi aku kekuatan dan ketabahan untuk hari-hari yang mendatang.Insyaallah…