Just Married..28102007

dunahadi.jpg

231.jpg
Bridegroom with sweeties..
242.jpg
Pengantin dengan kaum bapa..hehe

Selamat Pengantin Baru diucapkan untuk Wirduna dan pasangannya Hadi yang telah berlangsung pada 28 Oktober yang lalu..Kali ini konvoi dari ofis PLF tidak semuanya bertolak dari Putrajaya tetapi kami bertemu di stesyen minyak Johan Setia.dah dekat dengan rumah pengantin.Perjalanan ke Sijangkang berjalan dengan lancar walaupun pertama kali kami pergi ke situ.Alhamdulillah tak sesat..Kami sampai di rumah pengantin sama dengan ketibaan rombongan pengantin lelaki.Berseri-seri pasangan pengantin berpakaian songket bunga tabur warna purple. Ramai juga warga PLF yang datang.Walauapapun tahniah untuk Duna kerana telah menamatkan zaman gadis. Semoga menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali untuk keluarga kelak.Kelab darah manis PLF nampaknya dah berkurangan,Nandre punya kelab yang akan bertambah ahli nampak gayanya. So,get ready for the next wedding convoy to Perak after this,..Don’t miss it..

Saya budak baru belajar..

Minggu ni warga kota dah kembali bekerja..maka pemandangan jalan raya waktu pagi yg aman damai minggu lepas kembali sesak seperti biasa. Hujung minggu ada yang sibuk memenuhi jemputan rumah terbuka, amalan yang biasa di Malaysia.Puasa sebulan,raya pun sebulan..Yang sebelum ni body solid di bulan puasa ada yang dah bertambah dua tiga kilo.Yang mahu ganjaran berpuasa sepanjang tahun pula tak lupa berpuasa enam sepanjang bulan syawal.

Nampaknya ada perubahan lagi dalam jurnal titian hidupku selepas ramadhan ni.Aku telah bertukar jawatan ke bahagian ‘admin’ sebagai ‘event and Admin coordinator’ bukan lagi berkhidmat dalam ‘D Team’ Library….Alhamdulillah, aku telah melangkah setapak lagi ke hadapan..memang perjalanan hidup aku ni byk bertemu dengan sesuatu yang tak dijangka. Tapi aku tak pernah menyesal dengan apa yang telah Tuhan catatkan untuk aku..Memang Satu masa dulu aku merasa terlalu kecewa dengan apa yang aku hadapi,satu persatu ujian Allah turunkan pada aku tapi pengalaman mengajar untuk aku menghargai erti kesusahan dan kepayahan.Semua itu sebenarnya hanyalah untuk menguji keimanan seorang hamba terhadap Penciptanya.

Terima kasih kepada chief Librarian PLF yang proposed kat aku position ni walaupun pada awalnya aku menolak.(sempat lagi jual mahal tu..) untuk En Shah & Duna,sila le beri tunjuk aja\r..maklum la saya budak baru belajar,klu salah tlg tunjukkan..hehe. Insyaallah aku akan memberikan khidmat terbaik untuk PLF yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan dan kekeluargaan. Berada di sini seolah2 berada dalam ikatan keluarga yang besar. Yang penuh dengan kasih sayang..

Aidilfitri menjelma

9541-001-17-1047.gif

Ada lebih kurang lima hari lagi syawal akan menjelma. Kemeriahannya mula terasa di sana-sini.Tahun ini nampaknya tak semua ahli keluargaku ada kerana adik aku berada di perantauan semula (University of Adelaide, Australia) untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana.Setelah empat tahun beraya di negara orang,nampaknya tahun ini sejarah kembali berulang.Nak buat camne,dah memang nasib dia asyik beraya kat rantau.Hari raya sememangnya meninggalkan kenangan tersendiri.Tapi setakat ini aku belum ada kenangan hari raya yang meninggalkan kesan di hati. Kenangan yang paling best tentulah sewaktu kanak-kanak dulu,pegi beraya sambil mengumpul duit raya..

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ kepada teman-teman semua khasnya teman serumah dan sepejabat yang selalu bergurau senda hari-hari..yelah,masa bergurau tu takut ada yang terkasar bahasa,terasa di hati..jangan pulak disimpan.Maklumlah kita manusia tak boleh lepas dari kesalahan.Juga buat teman-teman lama yang tak berkesempatan untuk bertemu,mohon maaf di atas salah silap sepanjang perkenalan kita. Dan akhir sekali untuk tunang yang jauh di negara sakura..ada satu ayat dia yang aku takleh lupa dalam emailnya..’saya tak minta balasan atas semua pemberian saya, cukuplah jika awak terima saya seadanya’..sesungguhnya ayat tu terlalu menyentuh hati hingga membuatkan airmataku menitis..alamak,sedih la pulak..

Sempena bulan syawal yang bakal menjelma ini,marilah kita saling menyucikan diri di meraikan kemenangan kita setelah sebulan melawan nafsu lapar dan dahaga serta amarah kita.Dan jangan lupa berhati-hati waktu balik raya,kepulangan untuk dirai,bukan untuk ditangisi..