Exam oh exam

exam1.jpg

aksi-aksi menarik sewaktu menjawap exam…(dari B.Harian)

Beberapa hari yang lepas sewaktu bersiap untuk ke ofis sambil-sambil pakai tudung aku dengar Hotfm. Sempat la jugak dengar pasal hot chat yang diperkatakan oleh Fafau dan FBI mengenai peperiksaan SPM yang bermula minggu lepas.Topik yang diperkatakan adalah tentang subjek apa yang kita nak ambil semula sewaktu exam SPM dulu.Menarik juga topiknya dan membuatkan aku terfikir, kalau aku…apa agaknya subjek yang aku nak ambil semula dalam SPM.emm..mungkin aku akan ambil subjek Matematik dan English memandangkan subjek tu aku lulus cukup-cukup makan je.haha..malu betul kalau citer balik pasal SPM.Result SPM aku memang tak boleh dibanggakan.Tu la main-main masa belajar..kan dah menyesal sekarang ni.tapi aku pulun study waktu STPM dan hasilnya memang tidak mengecewakan.

Teringat waktu exam kat sekolah menengah dulu.Aku duduk kat hostel so macam-macam gaya study boleh dilihat sepanjang minggu exam.Ada yang suka wat preparation awal-awal,2-3 bulan nak exam dah rajin menelaah sampai lewat malam.Ada jugak yang suka study last minit,dengan alasan kalau study awal sangat takut terlupa plak.Aku ni termasuk dalam golongan yang nombor dua,suka study last minit.satu lagi, aku suka study tengah2 malam..waktu tu memang sunyi sepi sebab ramai yang dah tidur.Tapi kena ada kawan la.kalau sorang-sorang aku study sekejap je.pukul 1 aku dah stop.Tak berani la sebab hostel aku tu ada cerita tersendiri yang menegakkan bulu roma jika diceritakan ..eii..(sebab aku pun pernah terkena)..Dulu geng study aku tiga orang termasuk aku.Bila dah rasa penat or mengantuk mula la kitorang buat perkara-perkara yang kelakar.Ada sekali tu kitorang makan limau masam cicah ngan kicap untuk menghilangkan ngantuk.Rosak2…nasib baik tak sakit perut.Selalunya paling lambat kitorang stay up pukul 4.

Aku ingat lagi waktu aku amik STPM tahun 2000, esok trial STPM tapi aku dok pulun siapkan kerja-kerja edit untuk majalah sekolah (time tu aku jadi Ketua Editor). Balik hostel rasa tension tengok kawan-kawan study bagai nak rak..aku satu apa pun tak cover lagi.Kalut aku dan disebabkan rasa tension sangat malam tu aku baca gak buku, tak lama pastu buku plak yang baca aku..nasib baik esok paper BM so boleh gak la aku ‘goreng’ sket2 dan nasib la cuma trial,bukan exam betul.

Waktu trial SPM, sehari sebelumnya makcik aku meninggal kerana stroke dan selang sehari selepasnya nenek aku pulak meninggal kerana sakit tua.Waktu itu aku dok kat hostel,tengah makan tengah hari kat dining hall tiba-tiba aku nampak kelibat ayah aku kat pintu masuk.Hati aku terus rasa tak sedap.Bila ayah suruh kemas barang ,aku terus menangis sebab aku tahu mesti nenek dah takde sebab nenek dah terlantar sakit lama sebelum makcik tapi makcik yang pergi dulu.Aku balik tengah hari tu ke kampung dan balik semula ke hostel sebelah malamnya.Esok ada 2 paper exam tapi aku tak boleh concentrate study.Akhirnya aku tidur awal malam tu..

Walauapapun,kepada adik-adik yang sedang menduduki SPM dan STPM didoakan selamat maju jaya dan suksess selalu.jangan la dihendaknya diikuti cara study yang aku ceritakan kat atas..Always study smart,not study hard..Semoga memperoleh keputusan yang baik dan bakal menjadi kebanggaan negara satu masa kelak hendaknya..