Exam oh exam

exam1.jpg

aksi-aksi menarik sewaktu menjawap exam…(dari B.Harian)

Beberapa hari yang lepas sewaktu bersiap untuk ke ofis sambil-sambil pakai tudung aku dengar Hotfm. Sempat la jugak dengar pasal hot chat yang diperkatakan oleh Fafau dan FBI mengenai peperiksaan SPM yang bermula minggu lepas.Topik yang diperkatakan adalah tentang subjek apa yang kita nak ambil semula sewaktu exam SPM dulu.Menarik juga topiknya dan membuatkan aku terfikir, kalau aku…apa agaknya subjek yang aku nak ambil semula dalam SPM.emm..mungkin aku akan ambil subjek Matematik dan English memandangkan subjek tu aku lulus cukup-cukup makan je.haha..malu betul kalau citer balik pasal SPM.Result SPM aku memang tak boleh dibanggakan.Tu la main-main masa belajar..kan dah menyesal sekarang ni.tapi aku pulun study waktu STPM dan hasilnya memang tidak mengecewakan.

Teringat waktu exam kat sekolah menengah dulu.Aku duduk kat hostel so macam-macam gaya study boleh dilihat sepanjang minggu exam.Ada yang suka wat preparation awal-awal,2-3 bulan nak exam dah rajin menelaah sampai lewat malam.Ada jugak yang suka study last minit,dengan alasan kalau study awal sangat takut terlupa plak.Aku ni termasuk dalam golongan yang nombor dua,suka study last minit.satu lagi, aku suka study tengah2 malam..waktu tu memang sunyi sepi sebab ramai yang dah tidur.Tapi kena ada kawan la.kalau sorang-sorang aku study sekejap je.pukul 1 aku dah stop.Tak berani la sebab hostel aku tu ada cerita tersendiri yang menegakkan bulu roma jika diceritakan ..eii..(sebab aku pun pernah terkena)..Dulu geng study aku tiga orang termasuk aku.Bila dah rasa penat or mengantuk mula la kitorang buat perkara-perkara yang kelakar.Ada sekali tu kitorang makan limau masam cicah ngan kicap untuk menghilangkan ngantuk.Rosak2…nasib baik tak sakit perut.Selalunya paling lambat kitorang stay up pukul 4.

Aku ingat lagi waktu aku amik STPM tahun 2000, esok trial STPM tapi aku dok pulun siapkan kerja-kerja edit untuk majalah sekolah (time tu aku jadi Ketua Editor). Balik hostel rasa tension tengok kawan-kawan study bagai nak rak..aku satu apa pun tak cover lagi.Kalut aku dan disebabkan rasa tension sangat malam tu aku baca gak buku, tak lama pastu buku plak yang baca aku..nasib baik esok paper BM so boleh gak la aku ‘goreng’ sket2 dan nasib la cuma trial,bukan exam betul.

Waktu trial SPM, sehari sebelumnya makcik aku meninggal kerana stroke dan selang sehari selepasnya nenek aku pulak meninggal kerana sakit tua.Waktu itu aku dok kat hostel,tengah makan tengah hari kat dining hall tiba-tiba aku nampak kelibat ayah aku kat pintu masuk.Hati aku terus rasa tak sedap.Bila ayah suruh kemas barang ,aku terus menangis sebab aku tahu mesti nenek dah takde sebab nenek dah terlantar sakit lama sebelum makcik tapi makcik yang pergi dulu.Aku balik tengah hari tu ke kampung dan balik semula ke hostel sebelah malamnya.Esok ada 2 paper exam tapi aku tak boleh concentrate study.Akhirnya aku tidur awal malam tu..

Walauapapun,kepada adik-adik yang sedang menduduki SPM dan STPM didoakan selamat maju jaya dan suksess selalu.jangan la dihendaknya diikuti cara study yang aku ceritakan kat atas..Always study smart,not study hard..Semoga memperoleh keputusan yang baik dan bakal menjadi kebanggaan negara satu masa kelak hendaknya..

17 thoughts on “Exam oh exam

  1. salam
    bercerita bab exam ni aku teringatkan zaman aku amik SPM dulu…
    sehari sebelum SPM bermula, petang tu aku dan geng2 aku pulun main sepak takraw sebab pening n tension sesangat study. kira nak release tension la..
    tapi bila balik kat umah, aku jadi lagi tension sbb kena marah n bebel ngan ayah aku. hahaha..
    walaubagaimanapun, aku lulus gan SPM ngan pangkat 1 n dapat belajar kat UiTM…
    tahniah kepada diriku…

  2. hehehe..sama la aku pun dgr topik tu..aku pun klu bleh nak amik math semula pasal aku k****i hahahaha nak wat camne aku byk ponteng kelas… pastu aku ni ada penyakit M jd aku mmg study last minit pastu bleh plak spot2 je tajuk..hampeh tul..klu la bleh ulang semula…

  3. tahniah2 utk kiter smua yg dah amik SPM..walau apa pun resultnyer yg penting kita dah berjaya menghadapinya..betul tak kwn2?

    cikgu aku sll pesan setiap kali nak amik exam, apa yg kita tulis tu adalah masa depan kita..

  4. ya,

    aku ambek spm taun 1994…
    hahahaahah… alhamdulillah math and english dpt credit yang kedua tinggi.. alhamdulillah, bule apply business studies kat itm january 1996 aku masok…

    yang penting aku selamat….
    jangan maleh2, math kena rajen buat latehan.. buku latehan math aku tu sampei lembek aku pakei… sampei skrg ade lagi…

    tu la dia… SPM memang best,

  5. mr amien, kacamataku tebal kerana diriku suka menonton tv dr jarak yg dekat..ekeke

    aah betul la tu etons..aku pun suka STPM sbb takde subjek ilmu hisab.tp ader subjek sastera yg bukunya saje ada lima buah nak kena khatam..

  6. kak uda nie mcm aku jugak la rupenye..
    dulu masa kecik kira2 taun 1984 (darjah 1), aku dok je depan tv tu, dlm jarak yang dekat.. bila naik darjah tiga dah tak nampak papan hitam, darjah 4 teruih pakei kanta mata.. hehehehehe..

    pakai spek pon ok jugak … rock apa..

  7. aku ni plak byk baca novel kdg2 x tido mlm..klu cuti lg arr asyik ulang alik p library jer pinjam/pulang novel cinta hahahaha…lelama rabun..aku x suka tgk tv… aku start pakai spek sejak form 2… ni makin rabun..emmm rock pk spek? ee klu bleh x mo…klu spek patah rasa mcm x ceria je suma pun kelabu..

  8. huih…cik axl rose memegang rekod yg sama dgn aku rupanya…
    aku pun start pakai spek darjah 4…dulu2 aku kuat membaca n tgk gusti kat tv…gusti zaman ultimate worrior dulu2..tu yg rabun tu…
    bila aku gi je skolah budak2 ejek aku Clark Kent (Superman)..tapi aku tak marah, bangga ada la. maklum la tu hero kegemaranku dulu2…hahhahaa….

  9. aku sama cam suhana..pkai spek ms form 2.dl2 aku tak suka pakai sbb rs cam tak anggun lak..hehe
    tp skrg klu tak pakai lagi la rs tak anggun..ekeke

  10. takpa la amien,
    aku bagi dia gelaran tu supaya dia sentiasa di awang awangan … lucy in the sky with diamond – the beatles (1967)…

    heheheheehee..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s