A teacher to be..

Selamat bertemu kembali..aku kini bergelar student semula..Hampir dua minggu aku berada di IPIK menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar institute perguruan. Saya kembali ke sekolah!!! walaupun masih dengan matlamat mencari ilmu tetapi kali ini untuk menyalurkan semula ilmu itu kepada pelajar dalam usaha mendidik anak bangsa untuk tamadun manusia yang lebih gemilang di masa hadapan..pehh..cakap pun dah mcm cikgu..

Terkenang kembali zaman persekolahan ketika menyarungkan uniform putih dan kain hitam sewaktu seminggu di Minggu Pengurusan pelajar Baru atau lebih senang disebut orientasi.Kelakar pulak dah tua-tua kena orientasi dengan adik-adik yg lebih senior pengalamannya dari kami. Hidup di institute perguruan jauh berbeza dengan zaman U,di sini kita masih seperti pelajar2 sekolah yang perlu mematuhi peraturan demi peraturan. Maklumlah, alam persekolahan. Kadang-kala aku akui agak kekok untuk membuat sesuatu yang dah lama ditinggalkan.Tapi semua itu adalah pelajaran baru yg bakal mencorakkan kelainan dalam jurnal hidupku.

Sebelum aku mengundur diri untuk entri kali ini,aku mahu memohon maaf kepada semua bloggers yg sll singgah ke sini kerana rasanya aku takkan berkesempatan utk selalu meng up date blog ini sekerap dahulu kerana keterbatasan waktu senggangku.ini pun aku curi2 masa rehat sejam..rela tak makan sebab nak jenguk jurnal siberku.tu belum lagi friendster,inbox email yg Cuma sempat ku jeling2 shj, fotopages dll.fuh..tak sompek eden nak tengok..

Dan tak lupa untuk ex-office ku,bos dan staf PLF,maaf byk2 sebab tak sempat nak tulis salam perpisaham kat sini.aku terpaksa pulang awal ke kg dari tarikh yg sepatutnya untuk kelancaran urusan pendaftaranku. Terima kasih yang tak terhingga utk segala kerjasama,nasihat senda gurau dan kenangan yang pernah tercipta.mohon maaf atas segala silap dan salah.semoga PLF akan menjadi sebuah yayasan yang disegani suatu hari kelak. Meski hilang dr pandangan namun PLF tetap di hati..dan semoga ikatan ukhwah yang telah tercipta akan berkekalan sampai akhirnya..

dsc05132.jpg
macam bebudak je time pakai bj ni..huhu

2007 yang ku tinggalkan..

Selamat datang 2008..lembaran indah 2007 telah melabuhkan tirainya..Buat diriku 2007 menyaksikan perubahan demi perubahan dalam jurnal hidupku.Bermula dari soal peribadi hingga ke soal kerjaya.alhamdulillah..

Dan kini aku sedang meniti hari-hari terakhir di PLf untuk meneruskan pengajianku di MPIK bermula 14 Januari ini. Berat rasanya mahu meninggalkan ‘keluarga besar’ ini tetapi aku harus pergi demi impian dan masa depanku.

Seperkara lagi,tahun ini bakal berlangsung hari bersejarahku..hehe..semoga semua urusan dipermudahkan Allah hendaknya.

Azam aku tahun ini..emm..sama macam tahun2 sebelumnya, aku nak jadi baik.Pada aku kalau kita nak jadi baik maknanya kena baik dari segala hal seperti jadi pekerja yang rajin,tak lengahkan solat, jadi anak yang baik,isteri yang mithali..Pendek kata semua benda yang baik2 belaka untuk kita lakukan untuk tahun ini dan juga sepanjang hidup kita.Tapi ada satu tahun tu aku dan seseorang berazam nak kahwin..memang tercapai azam tu,tapi dia yg kahwin,kahwin ngan orang lain.bengong betul..

Walauapapun azam kita,semoga tahun ini bakal memberi kejayaan dan kebahagiaan untuk kita semua..amin..Selamat tahun baru 2008 untuk semua..dan selamat tinggal 2007!!

Kini berlalu semua kenangan
Sepi berlagu membelai perasaan
Tanpa ku sedari kau menghilang
Bersama bayangan
Airmata ku menjadi saksi kerinduan…