2007 yang ku tinggalkan..

Selamat datang 2008..lembaran indah 2007 telah melabuhkan tirainya..Buat diriku 2007 menyaksikan perubahan demi perubahan dalam jurnal hidupku.Bermula dari soal peribadi hingga ke soal kerjaya.alhamdulillah..

Dan kini aku sedang meniti hari-hari terakhir di PLf untuk meneruskan pengajianku di MPIK bermula 14 Januari ini. Berat rasanya mahu meninggalkan ‘keluarga besar’ ini tetapi aku harus pergi demi impian dan masa depanku.

Seperkara lagi,tahun ini bakal berlangsung hari bersejarahku..hehe..semoga semua urusan dipermudahkan Allah hendaknya.

Azam aku tahun ini..emm..sama macam tahun2 sebelumnya, aku nak jadi baik.Pada aku kalau kita nak jadi baik maknanya kena baik dari segala hal seperti jadi pekerja yang rajin,tak lengahkan solat, jadi anak yang baik,isteri yang mithali..Pendek kata semua benda yang baik2 belaka untuk kita lakukan untuk tahun ini dan juga sepanjang hidup kita.Tapi ada satu tahun tu aku dan seseorang berazam nak kahwin..memang tercapai azam tu,tapi dia yg kahwin,kahwin ngan orang lain.bengong betul..

Walauapapun azam kita,semoga tahun ini bakal memberi kejayaan dan kebahagiaan untuk kita semua..amin..Selamat tahun baru 2008 untuk semua..dan selamat tinggal 2007!!

Kini berlalu semua kenangan
Sepi berlagu membelai perasaan
Tanpa ku sedari kau menghilang
Bersama bayangan
Airmata ku menjadi saksi kerinduan…

6 thoughts on “2007 yang ku tinggalkan..

  1. “Walauapapun azam kita,semoga tahun ini bakal memberi kejayaan dan kebahagiaan untuk kita semua..amin..Selamat tahun baru 2008 untuk semua..dan selamat tinggal 2007!!”

    walaupun anda gembira menyambut tahun baru, tapi masih belum melupakan diriku…terima kaseeeyyyy (ala2 alleycats masa wat show tahun baru)…

  2. aku paling suka time solat jumaat…
    ramai-ramai sebut nama aku…hahahaa..
    cik axl rose pun tiap2 minggu sebut nama aku kuat2 tau? bangganyaaaa…

  3. cis mat amin…

    hang jangan perasan la wei….
    hang amintoto….hahahahahahahaha

    hang jaga na… jaga hang na…

    tapi sempena saat2 pemergian kak uda yang dirindui ni, aku ingin berkata yang baik2 ja la..supaya perjalanan akan terasa nyaman dan baik..

    kan kak uda nie orang yang baik…

    amin, chepatlah nikah..

  4. aku yg nak nikah, hang dok kalut buat apa?

    kak uda ke?
    aku ingatkan kaki kuda tadi…bunyinya seakan-akan sama..
    semoga larian anda dalam mendalami ilmu khas sekencang kuda-kuda yang berlari di tepian pantai…

    terima kaseeeeeyyyyyy….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s