A teacher to be..

Selamat bertemu kembali..aku kini bergelar student semula..Hampir dua minggu aku berada di IPIK menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar institute perguruan. Saya kembali ke sekolah!!! walaupun masih dengan matlamat mencari ilmu tetapi kali ini untuk menyalurkan semula ilmu itu kepada pelajar dalam usaha mendidik anak bangsa untuk tamadun manusia yang lebih gemilang di masa hadapan..pehh..cakap pun dah mcm cikgu..

Terkenang kembali zaman persekolahan ketika menyarungkan uniform putih dan kain hitam sewaktu seminggu di Minggu Pengurusan pelajar Baru atau lebih senang disebut orientasi.Kelakar pulak dah tua-tua kena orientasi dengan adik-adik yg lebih senior pengalamannya dari kami. Hidup di institute perguruan jauh berbeza dengan zaman U,di sini kita masih seperti pelajar2 sekolah yang perlu mematuhi peraturan demi peraturan. Maklumlah, alam persekolahan. Kadang-kala aku akui agak kekok untuk membuat sesuatu yang dah lama ditinggalkan.Tapi semua itu adalah pelajaran baru yg bakal mencorakkan kelainan dalam jurnal hidupku.

Sebelum aku mengundur diri untuk entri kali ini,aku mahu memohon maaf kepada semua bloggers yg sll singgah ke sini kerana rasanya aku takkan berkesempatan utk selalu meng up date blog ini sekerap dahulu kerana keterbatasan waktu senggangku.ini pun aku curi2 masa rehat sejam..rela tak makan sebab nak jenguk jurnal siberku.tu belum lagi friendster,inbox email yg Cuma sempat ku jeling2 shj, fotopages dll.fuh..tak sompek eden nak tengok..

Dan tak lupa untuk ex-office ku,bos dan staf PLF,maaf byk2 sebab tak sempat nak tulis salam perpisaham kat sini.aku terpaksa pulang awal ke kg dari tarikh yg sepatutnya untuk kelancaran urusan pendaftaranku. Terima kasih yang tak terhingga utk segala kerjasama,nasihat senda gurau dan kenangan yang pernah tercipta.mohon maaf atas segala silap dan salah.semoga PLF akan menjadi sebuah yayasan yang disegani suatu hari kelak. Meski hilang dr pandangan namun PLF tetap di hati..dan semoga ikatan ukhwah yang telah tercipta akan berkekalan sampai akhirnya..

dsc05132.jpg
macam bebudak je time pakai bj ni..huhu

9 thoughts on “A teacher to be..

  1. kak udaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…

    heheheehehehehe.. dah jadi budak sekolah rupenye ye? mcm budak tingkatan 3 plak nak ambek SRP.. hahahah SRP zaman aku dulu tu…
    siap ada beg maktab lagi nie….lawak betul la…

    amacham sekarang? dah dapat rumah sewa ke atau dapat dok kat hostel dalam tu?
    member2 ok ke?

    aku dah email gambar masa farewell party ari tu… nanti bule download na….

  2. tu la..sat gi pi mengajar anak murid confuse lak..hehe
    la ni dok kat rmh sewa..hostel mana de kosong.alhamdulillah semuanya ok.doa2kan semua urusan pembelajaran sy dipermudahkan olehNya..

  3. salam…
    saya tiada sebarang komplen hendak dilancarkan kepada tuan puteri myasara….

    cuma ingin menyuarakan sekelumit kebimbangan saya terhadap gerombolan para murid yang mungkin akan terkeliru samada cik myasara adalah cikgu mereka ataupun mereka sendiri sebenarnya guru disebabkan ketidakpanjangan tubuh badan cik myasara itu…

    oleh itu saya mengesyorkan agar cik myasara mengamalkan pemakanan kacang panjang (“kacan panjan” dalam bahasa perak) mentah setiap pagi bagi membesarkan tubuh badan. sekhian.

  4. oit,

    org perak tak kata “panjan” la.. panjang, panjang la jugak, pandei2 je tukor ye…

    betui jugak tu bang amin, dia kena bagi kurang rendah la, kena bagi tinggi sikit la… untuk membezakan dia dengan anak2 didik yang kecik2 jugak tu… hahaha

  5. Huda,
    Selamat maju jaya dalam kerjaya baru. Niat yang baik insyaallah akan diberkati dan dipermudahkan perjalanannya.

  6. uda… pasni kena pakai kasut tumit tinggi la..4 inci ke br la lebih tinggi dr anak didik…ahakssssss jgn marah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s