SBE,election and wedding..

Ada beberapa perkara menarik yg berlaku awal bulan Mac yang lepas yang ingin aku kongsi bersama.Antaranya pengalaman di Sek.Sg Besi semasa aku menjalani SBE seminggu yang lepas.Kami ditugaskan utk mengganti kelas utk sementara kerana guru-guru meeting.Ada dua kelas aku kena jaga,tahun 3A dan 3J.satu kelas pandai satu lagi kelas lemah.Kelas 3J semuanya pelajar lelaki yang budak-budaknya tersangatlah baik.Bising kalah kat pasar.Diamnya cuma waktu nak keluar rehat,itupun bila aku ugut tak bagi keluar rehat selagi mereka tak diam.ada seorang pelajar kelas ni suka sangat hilang.tengok2 dah berlari ke koridor sambil lambai2 kat aku.Ya Tuhan..mencabar keimanan betul..Kelas yang kedua kontra pulak.baik sangat.Nak buat bising pun takut.Yang kelakarnya ada lak yang mtk no tepon,nak bagi kat pak teh..siap dapat surat cinta masa nak blk.aduhh..berani betul budak2 sekarang ni.

Habis SBE,aku terus balik kampung.Jumaat cuti sebab ramai yang balik kampung utk mengundi.Tahun ni tahun pertama aku mengundi.Undi parti apa ye? opps..undi anda adalah rahsia.Hari mengundi hujan mencurah-curah.hujan rahmat agaknya..

Esoknya Kakngah jadi pengantin..sahabat baik aku dah jadi isteri orang..tahniah dan selamat pengantin baru.Dengan sekali lafaz,Kakngah dah jadi isteri orang.Kena panggil puan la pasni.Tercapai sudah impian untuk hidup bersama..Semoga bahagia selalu mengiringi kalian hingga ke syurga.Lepas ni turn sape? (saje buat2 tanya..hehe)

 

11.jpg
21.jpg

41.jpg51.jpg

Sukan IPIK kali ke 3

Sukan sudah berakhir..selepas ini kelas akan kembali berjalan seperti biasa.Minggu ini kami mula menjalani School Based Experience (SBE) selama seminggu di sekolah-sekolah yang telah dipilih.Aku dapat Sek.Keb.Sungai Besi.Kira dekat la jugak.Lepas tu cuti seminggu.tapi banyak kerja yang menunggu untuk disiapkan..huhu..

Hari kemuncak sukan berlangsung pada hari khamis lepas.Aku tak join acara apa-apa pun kecuali sebagai penyokong.Tapi last minit tiba-tiba aku join kawad utk perbarisan unit uniform. yang lagi kelakar aku join kawad pengakap sedangkan unit uniform aku PBSM.Semua kawan-kawan aku dok kata aku pembelot.hahaha..sebenarnya aku memang malas nak join kawad,malas nak gi latihan tiap2 petang.Tapi sehari sebelum sukan,classmate aku mintak tolong join sebab team pengakap tak cukup korum.Aku ok je.selama ni dia pun dah banyak tolong aku.Niat aku ikhlas tolong kawan,lagipun aku takde geng bila semua orang dah masuk acara.Tak sangka perbarisan pengakap dapat tempat ke 2.Tu berkat aku masuk la tu.hehe..em..best lak bila alami pengalaman macam ni,rasa macam kembali zaman sekolah menengah dulu.

1.jpg
baru lepas perbarisan perasmian
2.jpg
tabik semua..haitt!!