Do our best!!

Sukan ragam Pendidikan jasmani

Dah masuk penghujung Jun.Semester pertama di IPIK sudah berlalu.Minggu depan kami akan menempuhi alam sebenar mengajar di sekolah selama 3 bulan.Pengalaman ini sesungguhnya amat menggentarkan hati untuk aku yang tak pernah ada pengalaman mengajar.Macam-macam gambaran terlukis di fikiran.Pulak tu aku dapat praktikal kat sekolah bestari Putrajaya.Alahai,canggihnya sekolah.Siap ada portal sendiri.Memang canggih ICT sekolah ni.Tapi aku seronok sebab aku dah dekat dengan ofis lama aku dulu.Aku rasa belum penuh ilmu di dada untuk mengajar orang lain.Tapi aku akan cuba yang terbaik dalam tempoh 3 bulan ini.

Tidak pernah ada minggu yang relaks dan lapang di IPIK ini walaupun minggu depan kami sudah masuk ke sekolah.Setiap hari ada sahaja kerja dan kelas yang padat.Inilah sebenarnya realiti guru pelatih KPLI.Setahun belajar untuk menampung sukatan 3 tahun pembelajaran..terrer sungguh kami..hehe.Tapi banyak perkara yang kami pelajari di sini.Gambar di atas aku ambil sewaktu kami menganjurkan sukan ragam untuk subjek Pendidikan jasmani.Kami sendiri yang jadi penganjur,pemain dan last sekali tukang kutip sampah.Penganjuran sukan ragam ini adalah sebagai salah satu aktiviti yang terkandung dalam silibus.kami reka sendiri costum pasukan masing2.Klu korang perasan group aku jd `bee`.Tu sebeb ada pakai sesungut kat kepala..Nak jadi cikgu kena la kreatif kan..

Anyway,aku ingin mengucapkan ‘Selamat menempuhi praktikal’ kepada semua rakan seperjuangan yang akan memulakan tugas bermula 30 Jun ini.Semoga semua yang kita pelajari dalam waktu singkat ini dapat kita aplikasikan untuk anak-anak didik kita nanti.Buat sehabis baik kerana kita adalah yang terbaik..

Advertisements

Rawang-Bagan Datoh-Pangkor

3 week holidays..masa zaman anak dara dulu time cuti la paling best.balik kampung dok bwh ketiak mak.sekarang bila dah kawin kena dok ngan suami.memang la best for newly wed mcm kami tapi husband kena keje shift malam.felt lonely at home..takut pun ada..huhu..Masuk minggu kedua,agaknya dia kesian tengok muka yg kebosanan ni so dia mengusulkan aku balik kampung..yuhu!! dengan segera aku packing sampai kena perli… ‘mcm dah tak nak balik sini je dah’..hehe..

Ada la dalam 3 hari kat kampung tiba-tiba hari Rabu dia kata nak amik.Sampai kampung dalam pkl 11 sbb kat Bidor jem.Org semua nak isi petrol,esoknyer petrol naik harga.Balik salah timing la,selalu pkl 9 dah sampai.Rupanya dia dah apply cuti,nak ajak gi Pangkor..Best gak.Lagipun dah lama tak gi jalan-jalan kat pantai.So kitorang sewa hotel kat lumut sbb kat Pangkor dah full booked.Cuti sekolah kan.adhoc planning punya psl la ni.Anyway,it’s an enjoyable vacation.Kira honeymoon la ni.Naik motor keliling Pangkor..Best2..Thanks hubby..len kali kita gi tempat lain lak..Sementara belum bertiga..Ahaks..

Sedang ingin bercinta..

KEKASIH…

 

Akan ku pintal buih-buih menjadi tali mengikatmu

Akan ku anyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu

Akan kutenun awan gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu

Akan ku jahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu

Akan ku petik bintang timur menjadi keronsang menyinari dadamu

Akau ku jolok bulan gerhana menjadi lampu menyuluh tidurmu

Akan kurebahkan matahari menjadi laut malammu menghirup sangkar madumu

Kekasih hitunglah mimpi yang membunuh realiti dari syurga ilusi…