Do our best!!

Sukan ragam Pendidikan jasmani

Dah masuk penghujung Jun.Semester pertama di IPIK sudah berlalu.Minggu depan kami akan menempuhi alam sebenar mengajar di sekolah selama 3 bulan.Pengalaman ini sesungguhnya amat menggentarkan hati untuk aku yang tak pernah ada pengalaman mengajar.Macam-macam gambaran terlukis di fikiran.Pulak tu aku dapat praktikal kat sekolah bestari Putrajaya.Alahai,canggihnya sekolah.Siap ada portal sendiri.Memang canggih ICT sekolah ni.Tapi aku seronok sebab aku dah dekat dengan ofis lama aku dulu.Aku rasa belum penuh ilmu di dada untuk mengajar orang lain.Tapi aku akan cuba yang terbaik dalam tempoh 3 bulan ini.

Tidak pernah ada minggu yang relaks dan lapang di IPIK ini walaupun minggu depan kami sudah masuk ke sekolah.Setiap hari ada sahaja kerja dan kelas yang padat.Inilah sebenarnya realiti guru pelatih KPLI.Setahun belajar untuk menampung sukatan 3 tahun pembelajaran..terrer sungguh kami..hehe.Tapi banyak perkara yang kami pelajari di sini.Gambar di atas aku ambil sewaktu kami menganjurkan sukan ragam untuk subjek Pendidikan jasmani.Kami sendiri yang jadi penganjur,pemain dan last sekali tukang kutip sampah.Penganjuran sukan ragam ini adalah sebagai salah satu aktiviti yang terkandung dalam silibus.kami reka sendiri costum pasukan masing2.Klu korang perasan group aku jd `bee`.Tu sebeb ada pakai sesungut kat kepala..Nak jadi cikgu kena la kreatif kan..

Anyway,aku ingin mengucapkan ‘Selamat menempuhi praktikal’ kepada semua rakan seperjuangan yang akan memulakan tugas bermula 30 Jun ini.Semoga semua yang kita pelajari dalam waktu singkat ini dapat kita aplikasikan untuk anak-anak didik kita nanti.Buat sehabis baik kerana kita adalah yang terbaik..

11 thoughts on “Do our best!!

  1. Tahniah kepada Puan Myasara kerna akan menempuh alam pengajaran yang sebenar.
    Aku pun punya pengalaman yang sama time kerja kat IISKD dulu, mengajar budak2 pornografi. hahahaha..

    Satu je komen daripada pihak juri: Puan Myasara kalo boleh masa amik gambo tu duk betul2 depan kamera agar anda tidak kelihatan kecik di dalam gambo. Sekhian.

  2. hahaha…aku sokong mr amien..dah la ko kecik..

    yeyeye..leh jumpa huda pasni…jgn lupa abeh ngajo dtg sini..aku rela amik ko tau…

  3. wow..

    “cikgu huda….

    awat lepas kawin ni makin kecik? orang len main besaq, hang makin kecik…”

    – suzila telah gunakan bahasa aku… best best best..
    aku suka, aku suka,

    huda nie memang tak bule tinggi dah, tu dah limit… hehehe

  4. Puan Myasara,
    kalau tak keberatan boleh tak terangkan saya apa itu sukan ragam dengan lebih lanjut…
    takrif, jenis-jenis, peraturan2 sukan ragam..
    Saya kurang jelas mengenainya…
    Saya belajar di Institut Perguruan Kuala Terengganu…
    Baru sem3 foundation…
    Kerjasama puan amatlah saya hargai..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s