Ramadhan-Hikmah dalam kesabaran..

Hikmah dalam kesabaran..

Bermulanya ramadhan bermakna tempoh praktikal aku di SKPJ(1) sudah hampir ke penghujungnya.Tak sabarnya nak habiskan lagi  seminggu di sini..Nasib baik dah habis observation dari lecturer, so rilek la sket.Tak dapat dinafikan,minggu kena observe..alahai, rasa cam tak bernafas langsung.Lesson plan kena cantik,portfolio kena kemas,jurnal kena updated..satu hal lagi kalau nak tau, aku sungguh la nervous bila mengajar orang lain tengok ni.Tapi hakikat pelajar intern,of course la kena observe.Kalau tak tak dapat la markah.

Itu belum lagi bab anak-anak didik aku yang `baik-baik` belaka.walaupun Cuma 7 orang je tapi berpusing gak otak ni layan karenah diorang.Bulan puasa ni makin menjadi-jadi diorang punya perangai.Yang suka merajuk,buat keje lambat,suka cakap mengarut..hari-hari la aku kena berleter ingatkan diorang `tak baik cakap camtu,dosa..`or `jangan bergaduh bulan puasa,nanti Allah marah` atau yang lebih kejam sket `cakap la macam tu,jap lagi cikgu stepler mulut tu!`..tapi takde la aku wat,kang tak pasal-pasal kena turun naik mahkamah lak.Nasib baik sabar itu indah..

Bila duduk sorang-sorang lepas sekolah,aku selalu terfikir,dah besar nanti apa la yang anak-anak didik aku ni jadi agaknya? Kalau mengira pun tak boleh macam mana nak menghadapi cabaran masa akan datang? Tiba-tiba terasa berat pulak beban kat bahu ni..Ya Allah,ikhlaskanlah hatiku dalam mendidik anak-anak bangsaku supaya terbuka minda dan hati mereka untuk menerima ajaranku..amin..

Advertisements