A mum to be..

Hadis riwayat Anas bin Malik ra.:
Sesungguhnya Allah Taala mengutus seorang malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata: Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging. Manakala Allah sudah memutuskan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata: Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya..

Its had been 23 week of my pregnancy..akhirnya semua kawan-kawan aku tahu berita ini sewaktu kami mengikuti kursus BTN tempoh hari.sememangnya dari awal tidak ku khabarkan cerita ini atas sebab-sebab tertentu.

Sebenarnya aku dan suami tak sangka akan mendapat kurniaan cahaya mata secepat ini.Lagipun kami masih tinggal berjauhan.Namun ini yang dinamakan rezeki dan kami menerimanya dengan rasa syukur yang amat sangat.Alhamdulillah sepanjang pregnant aku tidak mengalami alahan dan masih lagi mampu menyempurnakan ibadat puasa ramadhan yang lalu.Cuma aku hilang selera makan,berat pun turun.En.Hilal aku pulak yang  makin bertambah-tambah selera makannya.Mengidam mengalahkan aku..

Si kecilku sudah banyak bergerak sekarang.Hari tu masa tengok persembahan tarian,dia pun ikut ‘menari’ dalam perut.aduhai..tapi inilah saat indah seorang wanita .Aku macam tak percaya dalam perut aku dah ada khalifah kecil.Dah nak jadi mak orang rupanya aku.Insyaallah, awal Mac 2009 si kecil akan lahir menyerikan hidup kami suami isteri.Semoga Allah memberi kesihatan yang baik sepanjang aku mengandung dan melahirkannya nanti..

babyCamni la agaknya si kecik tu dalam perut..

Advertisements