our pride n joy

I’m back..lamanya tak jenguk blog ni.Maklumlah dua bulan dalam pantang..Sebelum pergi lebih jauh,aku ingin maklumkan aku telah selamat bergelar mama pada penghujung Feb lepas.ini la dia permata hati kami yang dilahirkan pada Sabtu, 28 Feb di hospital Teluk Intan. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang putera yang sihat walaupun masa lahir cuma 1.9 kg je beratnya.Namanya Adam (teladan),Haqimi (kebijaksanaan).Nama manjanya Adam Qimi.hehe.Adam lahir awal dua minggu dari jangkaan.Disebabkan beratnya yang tak sampai 2kg Adam terpaksa admit ICU kanak-kanak selama 4 hari.Sekarang Adam dah dua bulan 15 hari,beratnya dah 5 kg.Orang selalu tanya Adam macam muka sape? entah la,korang tengok la sendiri.Masa baru keluar muka cam mama.sekarang ni ramai orang cakap muka cam abah lak..tak kisah la..yang penting sempurna sifatnya dan moga-moga Adam akan jadi penyejuk mata ayah dan bonda hingga ke akhir hayat kami.Insyaallah.

Adam umur sehari

Adam umur sehari

Adam 30 hari

Adam 30 hari

Adam now..si botak yang suka menangis bila bangun tido..

Adam now..si botak yang suka menangis bila bangun tido..