Dia..

Aku dah lama nak tulis pasal ulang tahun perkahwinanku 26 April yang lepas.Tapi mindaku beku setiap kali nak menulis tentang itu.Duduk mengadap pc sampai berjam-jam tapi takde apa yang ditulis.Mungkin sebab aku rasa takde apa-apa yang menarik untuk aku ceritakan tentang hubungan ini.Kelakarnya rasa..imbas kembali perkenalan kami dulu,aku dan suami ditemukan atas dasar pilihan keluarga.Masa tu aku sedang mengalami ‘patah hati tahap dewa’..hahaha..menerima cadangan mak masa tu pun separuh hati je.

seingat aku dua kali kami dating pastu terus bertunang dan melangsungkan perkahwinan setahun lepas tu.Memang takde rasa cinta waktu mula-mula kenal dia dulu,yang ada cuma rasa confuse,takut salah membuat pilihan..sangat fobia untuk aku membuat pilihan sekali lagi.Tapi perasaan sayang dan cinta itu lahir sedikit demi sedikit bila mula mengenalinya.macam orang selalu kata, ‘tak kenal maka tak cinta’

dan itulah,suamiku..juga ayah kepada anakku..Dia,walaupun tidak menepati lelaki idamanku tapi sentiasa menyediakan bahunya untuk ku sandarkan segala keluh kesahku,yang selalu membuatku ketawa dengan jenakanya, dan tidak pernah membuat aku rasa jauh darinya walaupun kami berjauhan.Dia tidak indah di mata,tapi dia menggetarkan jiwa.semoga kita kekal hingga ke syurga.insyaallah.

wedd

5 thoughts on “Dia..

  1. 🙂 maria pun dating sekali dua ngan encik suami tu..
    pastu terus tng n kawen.. mula2 mmg takleh nak sesuaikan diri, lama2 ok je🙂
    kalau dah jodoh tu, insya Allah.. bahagia..
    tambah2 lg ada anak kan.. pengerat hubungan..

    ok myasara .. moga kekal bahagia disamping anak dan suami..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s