Setahun..yang akan berlalu

Beberapa hari lagi 2009 akan jadi kenangan.Biasanya bila nak menjelma tahun baru,orang selalu tanya pasal azam.Dah tercapai ke azam 2009? Apa pula azam untuk 2010? pada aku tak semua yang aku catatkan sebagai azam dapat dicapai tapi segala yang telah terjadi dalam tahun ni banyak meninggalkan kenangan manis.Jom tengok apa yang telah aku lalui sepanjang tahun ni;

1. Januari -Posting guru di Perak,di kampung halaman.Yang gembira,duduk dengan parents..yang sedihnya.jauh dari husband.

2.Februari – Jadi  ibu pada 28hb.Baby boy yang sangat ringan masa lahirnya tapi sudah ligat sekarang ni.My little precious,Adam Haqimi.Our hero..

3.April – Our first anniversary..26 april.Setahun sudah kasih terpatri.

4.Mei – Marriage of my sis, Yasmin and Faiz.Aku lak baru habis pantang.

4.Julai – Drive my Blueberry Tea Persona to school..my colleagues said I’m too tiny for that car..nampak kepala je..wakaka.

5.September -Our first aidil fitri with Adam Haqimi.Pakai baju  sedondon dengan kereta.

6.November – Cuti sekolah yang panjang..i love it. 🙂

Dan sekarang Disember sudah sampai ke penghujung.Cuti dah berakhir, tak lama lagi kembali bertugas seperti biasa.Apa yang pasti, sepanjang tahun perkara yang paling aku nanti-nantikan adalah CUTI sebab saya boleh balik Rawang..hehe

Selamat tahun baru 2010 kepada semua.Semoga 2010 bakal memberi sinar bahagia kepada semua.

Petang yang gelap..

2-3 hari kebelakangan ni waktu petang langit asyik gelap.Hujan pun turun dengan lebatnya.Kasihan Adam tak boleh nak jalan-jalan waktu petang macam biasa.Selalunya petang-petang aku bawak dia keluar kat playground tengok budak-budak main.Playground tu depan rumah je.Macam dah jadi rutin dan dia pun dah hafal rutin tu.Dalam pukul 5.30 tu mula la dia menjerit-jerit kat pintu grill.Bagi signal nak kuar.Bukan boleh main pun lagi tapi just tengok pun ok la.Satu masalah pulak timbul bila dah balik.Tak nak pulak masuk rumah.Maka ,dengan paksa rela aku bawak dia masuk.Takkan nak dok situ sampai malam lak..takpe sayang,nanti mama beli khemah pastu kita pasang kat padang tu ye..emm..sabar je la.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

hujan pulak..tak boleh kuar la hari ni..

Melawat zoo di hujung minggu

Hujung minggu lepas,kami pergi jalan-jalan ke Zoo Negara.Ini kali kedua Adam pergi ke zoo,sebelum ni dah pernah pergi zoo Melaka masa umurnya 3 bulan.Masa tu tak tau pe lagi,sekarang dah seronok tengok binatang.Adam suka tengok bear..siap tepuk tangan bila tengok bear yang besar tu tapi menangis bila tengok kijang.Takut dengan kijang rupanya anak bujang aku ni..Adam baik sungguh hari tu, langsung tak meragam..maklum le dah lama tak gi jalan-jalan ye..lepas geram ye.rupanya tak jauh sangat dari rumah kami ke zoo.dalam 45 minit sahaja.Lain kali boleh datang lagi..jenguk ‘kawan-kawan’.hehe.

gembiranya saya tengok ‘kawan-kawan’..

teruja..

dah penat berjalan,haus lak..

 

Jalan-jalan cari makan

Seminggu sebelum aidil adha, aku ronda-ronda gi pasar malam untuk beli barang-barang wat raya.Tiba-tiba terhidu satu aroma yang sangat mengecurkan air liur..mmm..yummy..its soto! Kalau datang ke Bagan Datoh,jangan lupa pekena soto yang sangat glamer di sini.Actually aku pun baru sedar kawasan sini glamer dengan soto, bila ada member yang tanya pasal benda tu.Soto adalah makanan tradisi jawa iaitu sup ayam atau daging yang dicampur dengan bihun yang digoreng dan juga nasi impit.Sape yang nak pedas boleh tambah sambal kicap..boleh dikatakan di setiap pasar di Bagan Datoh ada jual soto.Semangkuk soto rm2.50.Selain soto,ada juga sate dijual bersama.Minum pulak air cendol..memang best..yummy..yummy..So,jangan lupa makan soto kalau tersasar ke Bagan Datoh ye..