Demam rindu..

Adam demam.Mungkin penat sebab dah lasak sangat sekarang ni.Semenjak dah pandai berjalan ni,dah makin aktif main sampai malam.malam tadi badannya panas walaupun dah makan ubat demam.Selang 15 minit dia merengek-rengek,maybe tak selesa sebab badannye panas.tapi yang paling membuatkan hati kecilku terusik bila dia merengek-rengek sebut ‘abah’ berulang kali dalam tidur.hampir nak menitik airmata ni..aku rasa dia dah start rindu kat abahnya.Cuti sekolah hari tu nak dekat sebulan lebih dok ngan abah.nak wat camne,abah jauh..nanti abah balik ye..(mama pun rindu kat abah gak..:(   )

*stress*

27hb ni aku ada temuduga SPP.sangat gementar untuk menghadapinya dan tertekan sebab awal tahun banyak kerja.Mana nak study lagi..huhu..rasa mahu menangis..aku tak boleh tension,bila aku tension aku tak boleh buat keje..cool huda..semua orang menghadapinya..insyaallah aku boleh buat..*memujuk diri sendiri*