Manusia paling sempurna

Sempena Maulidur Rasul pada 26 Feb ini,ku coretkan bait-bait indah dari alunan mersik kumpulan Raihan.Menyentuh ke segenap kalbu..selawat dan salam untuk Baginda SAW.

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah

Ku bukan aku..

Lama sungguh hari berlalu *Hening malam menyiksaku * Bila bersendirian sepi jadi pilu *Kau pergi aku yang hilang *Sedikit pun hidup tak senang*Langit cerah ku renung mendung kelabu * Kerana diriku bukan aku  * Tiap kali kau menjauh* Fikiran tak keruan Jiwa rasa kekosongan *Diriku bukan aku *Tiap kali kau menjauh Pulangkan dia ke pangkuanku* Yang digemar menjadi bosan *Sukarnya cari ketenteraman *Bila hati bersedih semuanya tak betul…

 *rindu ler kat mr.Hilal..Rasa macam lama sangat tak jumpa dia padahal baru je dia balik cuti CNY hari tu.kau pergi aku yang hilang..isk..isk..bila la boleh dapat transfer ni..

Sejarah?

Minggu yang sibuk..Minggu ni busy dengan sukan sekolah.Walauapapun aku lega sebab interview SPP dah lepas..Aku nak berkongsi sedikit tentang pengalaman sewaktu menghadiri temuduga yang lepas.Biasa la, perasaan nervous tu tak boleh nak digambarkan.dalam kepala aku dok hafal tentang isu-isu semasa macam NKRA,KPI,FPK dan macam-macam lagi la..Bila masuk dalam tu satu pun dia tak tanya.Yang dia tanya pasal kesultanan Melayu …apa beza antara kesultanan Perak dengan kesultanan Johor?..mak aihh..terkedu aku kat situ..puas la recall balik citer sejarah.mana la nak ingat,tu zaman sekolah yang dah lama ku tinggalkan..nasib baik teringat satu artikel yang kebetulan baru ku baca ,sultan Perak takde Tengku Mahkota berbanding negeri2 Melayu yang lain.Kat Perak ada Raja Muda je.lega bila tuan haji tu cakap jawapan aku betul.pastu dia lak yang terangkan kat aku pasal sejarah kesultanan tu.Malula..cikgu tapi tak tau sejarah..dari situ aku ambil pengajaran,walau siapa pun kita sejarah kena la gak amik tau terutamanya tempat kita sendiri.Dari sejarah kita tau susur-galur kita,berbangga dengan warisan kita.Jom kita bukak balik buku sejarah..

‘sejarah mengajar kita,menjadi lebih dewasa..meniti arus asmara..’ (ingat tak lirik lagu apa ni?)