Aku seorang doktor..(part 1)

Aku seorang guru pemulihan.Tugas hakiki  adalah mengajar tetapi pada masa yang sama aku juga merawat.Merawat anak bangsaku yang lemah supaya tidak ketinggalan di hospital ‘pembelajaran’.Stateskopku adalah pen dan kertas dan dibantu dengan ubat ‘kesabaran’ dan ‘kecekalan’.Tugas ni semakin hari semakin mencabar kerana budak2 pemulihan ni bukan sahaja perlu ‘dipulihkan’ mindanya tetapi juga akhlaknya.

Waktu di maktab,kami diajar supaya mendidik dengan lemah -lembut dan penuh kasih sayang.Tapi bila berhadapan situasi sebenar,bukan lah semudah yang disangka.Adakah anda masih mahu berlemah-lembut sekiranya anak murid berlari-larian di dalam kelas seperti kelas itu sebuah padang?  kalau masih boleh maknanya anda adalah orang yang paling sabar di dunia.syabas diucapkan..:)

First appearance seorang guru itu penting.Pesan guru-guru yang lebih berpengalaman,pertama kali berjumpa murid2 biarlah kita bertegas.Tak kisahlah kalau murid2 kata kita garang yang penting mereka dengar dan patuh arahan kita.Kalau dari awalnya kita dah bersikap ramah mesra,lama-lama naik lemak la diorang.

Tahun ni aku dapat 5 orang murid tahun 2 yg sangat lemah.even nak pegang pensel pun tak betul.Aku dapati kebanyakan murid pemulihan mempunyai background yang hampir sama.Anak yatim,adik beradik ramai,family broken..kesian diorang ni tapi sangat geram bila diorang buat perangai.Pada aku,tak kisah kalau dia tak pandai tapi baik perangainya.Sebaliknya,dah la tak pandai..nakal lak tu!

itulah secebis kisah aku,seorang ‘doktor’ dengan ‘pesakit2nya’..next entry aku coret lak cerita 5 orang ‘pesakit’ tegarku..jap lagi aku nak gi injek dos ‘kerajinan’ kat patient..

Advertisements

ada isi?

dah 2-3 minggu rasa badan cam tak best..sakit badan,tak boleh dok lama sket mengadap pc.Ada satu hari tu pergi kedai kain (bukan shopping pun) just tgk2 sebab nak tggu bank bukak tiba2 rasa loya tengok kain2 tu.kali kedua masa upload gambar,tiba2 loya tgk gambar sendiri.haha..kelakar tul..

apa kenanya aku ni? takkan pregnant kot? berdebar-debar rasanya.kebetulan minggu lepas wat medical check up utk pengesahan jawatan,kena wat xray.klu wat xray kan tak boleh peknen so aku pun wat la test sendiri..emm..negatif…la..bikin nervous je.maybe masuk angin kot.tak pun letih..tapi kalau peknen pun best gak..:)