Aku seorang doktor..(part 1)

Aku seorang guru pemulihan.Tugas hakiki  adalah mengajar tetapi pada masa yang sama aku juga merawat.Merawat anak bangsaku yang lemah supaya tidak ketinggalan di hospital ‘pembelajaran’.Stateskopku adalah pen dan kertas dan dibantu dengan ubat ‘kesabaran’ dan ‘kecekalan’.Tugas ni semakin hari semakin mencabar kerana budak2 pemulihan ni bukan sahaja perlu ‘dipulihkan’ mindanya tetapi juga akhlaknya.

Waktu di maktab,kami diajar supaya mendidik dengan lemah -lembut dan penuh kasih sayang.Tapi bila berhadapan situasi sebenar,bukan lah semudah yang disangka.Adakah anda masih mahu berlemah-lembut sekiranya anak murid berlari-larian di dalam kelas seperti kelas itu sebuah padang?  kalau masih boleh maknanya anda adalah orang yang paling sabar di dunia.syabas diucapkan..:)

First appearance seorang guru itu penting.Pesan guru-guru yang lebih berpengalaman,pertama kali berjumpa murid2 biarlah kita bertegas.Tak kisahlah kalau murid2 kata kita garang yang penting mereka dengar dan patuh arahan kita.Kalau dari awalnya kita dah bersikap ramah mesra,lama-lama naik lemak la diorang.

Tahun ni aku dapat 5 orang murid tahun 2 yg sangat lemah.even nak pegang pensel pun tak betul.Aku dapati kebanyakan murid pemulihan mempunyai background yang hampir sama.Anak yatim,adik beradik ramai,family broken..kesian diorang ni tapi sangat geram bila diorang buat perangai.Pada aku,tak kisah kalau dia tak pandai tapi baik perangainya.Sebaliknya,dah la tak pandai..nakal lak tu!

itulah secebis kisah aku,seorang ‘doktor’ dengan ‘pesakit2nya’..next entry aku coret lak cerita 5 orang ‘pesakit’ tegarku..jap lagi aku nak gi injek dos ‘kerajinan’ kat patient..

3 thoughts on “Aku seorang doktor..(part 1)

  1. cabaran eh nak didik anak bangsa.. hmm tabahkan hati ye.. setiap detik awak mendidik tu sgtlah tinggi pahalanya.. risau betul tgk keadaan skrg, keadaan sekeliling, sosial byk mempengaruhi hidup dan masyarakat.. realitinya mmg menyedihkan, apa la akan jadi dgn anak2 kita dia masa hadapan..

  2. profesion perguruan ni sebenarnya bukan sekadar satu bidang pekerjaan. tp memerlukan niat, azam, komitmen dan jati diri yg kuat sbg seorang pendidik barulah ia sempurna bagi mendidik anak bangsa.

    so aku tabik kepada semua guru!!! =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s