Maafkan saya,mak cik..

Ada la suatu petang tu,aku pergi ke Teluk Intan untuk urusan bank.Aku pergi ‘lone renjer’ je,tak bawa si cilikku sebab terus pergi lepas sekolah.Aku  duduk kat kerusi sementara tunggu nomborku dipanggil.Hari tu orang agak ramai jadi lama jugak la menunggu giliran.Kat sebelah aku ada seorang mak cik yang aku rasa umurnya sebaya mak aku kot.Mula-mula dia senyum kat aku,pastu lama-lama ramah-tamah pulak jadinya.Macam-macam la dia tanya,dok kat mana,keje apa,belajar kat mana…aku layan je la (kang kalau tak jawab kata sombong lak).Mak cik tu aku tengok dari gayanya agak bergaya jugakla,maksud aku mungkin dia kakitangan awam.Tapi cakapnya teratur,lemah-lembut..so nice..Disebabkan giliran kami ni lama lagi,so banyak jugak la yang benda yang ditanya dan diceritakan oleh mak cik  tu..Yang nak aku kongsikan di sini ialah bila mak cik tu cakap camni;

‘Mak cik suka tgk kamu ni..muka comel je..(kembang sekejap)..boleh ke makcik mintak no telefon? ‘ Aku agak terkedu la,pesal pulak mak cik ni mtk no hp..nak ngorat ke hapa ke..Agaknya dia tgk muka aku agak keberatan,dia pun sambung cakap,

 ‘bukan pe,mak cik nak bagi kat anak mak cik yang no 2 tu..umur dah 30 lebih tapi tak kawin2..kot le kamu dengan dia boleh berkenal-kenal.ye la,kita ni memang le jodoh pertemuan di tangan tuhan tapi usaha pun kena la jugak..bla..bla…’  banyak la lagi hujah-hujahnya dan sebelum aku sempat mencelah nombor aku dah kena panggil.Dan tanpa berkata apa-apa,aku pun terus ke kaunter menyelesaikan segala urusan dan selepas dah selesai semuanya aku terus je balik.

Dalam kereta, aku gelak seorang-seorang bila teringat balik  pasal makcik tu.Memang la niat dia baik tapi kot ye pun bertanya la dulu.Ada ke aku yang dah ada anak sorang ni nak dijadikan menantu..maafkan saya makcik..tak dapat saya nak menolong sebab saya ni isteri orang..

Pecah perut kalau aku teringat citer ni..wakaka..alahai makcik..

Moral of the story: bawalah anak kalau pergi kemana-mana..

Biar Ku Menjadi Lilin

Tak sedar ini tahun kedua aku menjadi seorang pendidik,bidang yang memerlukan tahap kecekalan yang jitu.Dulu masa aku belum jadi cikgu,tengok macam mudah je keje cikgu ni,balik cepat,banyak cuti.Tapi bila dah merasainya sendiri,baru aku tahu mengajar dan mendidik bukan tugas yang mudah.Kejayaan seorang murid,itulah erti sebenar kepuasan seorang cikgu..selamat hari guru untuk semua insan yang bergelar GURU..

sambutan hari guru..17 mei 2010...(hari hijau sedunia..)

dapat kad dari PPD,main futsal,and hadiah hari guru...

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang di sini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan di hati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri..

nak..nak..

Si cilikku Adam sekarang dah pandai meniru aksi orang lain.Semalam dia tiru gaya “neneknya’ buaikan baby dalam buaian.siap nyanyi2 ikut bahasa dia.tapi yang wat aku tergelak bila aku tanya camni;

‘Adam watpe? tidurkan baby ye..adam nak baby ke?
spontan dia menggangguk sambil cakap ‘nak..nak’ dengan pelatnyer tu..pastu sengih-sengih..
postpone dululah.tunggu Adam 3 tahun..huhu..tapi kita cuma merancang..

Jangan ada cinta lain

Alhamdulillah,dah 2 tahun kami kahwin.walaupun masih lagi berjauhan tapi hati kami tetap dekat.Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga,semuanya di luar jangkaan.Ingat lagi masa mula-mula kenal dulu,ayat pertama dalam sms hasben utk meng’usha’ diriku..

 mr.hilal : awak nak kawin ngan saya tak?

aku :  kalau saya kata tak nak? (jual mahal)

mr.hilal : …………………………………………(time ni lama sangat dia nak balas sms)

mr.hilal: kalau tak nak takpe la..

 korang rasa apa yg aku jawap? off course aku jawap ‘nak’ sebab aku tau kalau aku jwb tak nak pun mak mmg nak aku kahwin ngan dia jugak..hehe.soalan itu ditanya sewaktu kitorang baru 3 hari berkenal-kenalan.sekarang ni kalau bersembang2 pasal hal itu mesti kitorang ketawa..

maka alkisahnya, pada 19 Feb 2007 termeterailah sebuah ikatan diantara dua insan dan seterusnya bermulalah sebuah kisah untuk sebuah perjalanan yang panjang.Suamiku,jalan masih jauh,masih berliku untuk ditempuh.semoga kita sama-sama kuat menghadapi segala rintangan dan dugaan..

pastikan kau dengan aku

jangan ada cinta lain

tak pernah aku terlintas niatku untuk berpaling..

sweet memory..