Maafkan saya,mak cik..

Ada la suatu petang tu,aku pergi ke Teluk Intan untuk urusan bank.Aku pergi ‘lone renjer’ je,tak bawa si cilikku sebab terus pergi lepas sekolah.Aku  duduk kat kerusi sementara tunggu nomborku dipanggil.Hari tu orang agak ramai jadi lama jugak la menunggu giliran.Kat sebelah aku ada seorang mak cik yang aku rasa umurnya sebaya mak aku kot.Mula-mula dia senyum kat aku,pastu lama-lama ramah-tamah pulak jadinya.Macam-macam la dia tanya,dok kat mana,keje apa,belajar kat mana…aku layan je la (kang kalau tak jawab kata sombong lak).Mak cik tu aku tengok dari gayanya agak bergaya jugakla,maksud aku mungkin dia kakitangan awam.Tapi cakapnya teratur,lemah-lembut..so nice..Disebabkan giliran kami ni lama lagi,so banyak jugak la yang benda yang ditanya dan diceritakan oleh mak cik  tu..Yang nak aku kongsikan di sini ialah bila mak cik tu cakap camni;

‘Mak cik suka tgk kamu ni..muka comel je..(kembang sekejap)..boleh ke makcik mintak no telefon? ‘ Aku agak terkedu la,pesal pulak mak cik ni mtk no hp..nak ngorat ke hapa ke..Agaknya dia tgk muka aku agak keberatan,dia pun sambung cakap,

 ‘bukan pe,mak cik nak bagi kat anak mak cik yang no 2 tu..umur dah 30 lebih tapi tak kawin2..kot le kamu dengan dia boleh berkenal-kenal.ye la,kita ni memang le jodoh pertemuan di tangan tuhan tapi usaha pun kena la jugak..bla..bla…’  banyak la lagi hujah-hujahnya dan sebelum aku sempat mencelah nombor aku dah kena panggil.Dan tanpa berkata apa-apa,aku pun terus ke kaunter menyelesaikan segala urusan dan selepas dah selesai semuanya aku terus je balik.

Dalam kereta, aku gelak seorang-seorang bila teringat balik  pasal makcik tu.Memang la niat dia baik tapi kot ye pun bertanya la dulu.Ada ke aku yang dah ada anak sorang ni nak dijadikan menantu..maafkan saya makcik..tak dapat saya nak menolong sebab saya ni isteri orang..

Pecah perut kalau aku teringat citer ni..wakaka..alahai makcik..

Moral of the story: bawalah anak kalau pergi kemana-mana..

11 thoughts on “Maafkan saya,mak cik..

  1. wakakaka…mesti makcik tu keciwa…kalau bwk si adam pun mesti makcik tu igt adam tu adik ko….hahahhaa

  2. wakakakakaa.. lain kali leh jawab camni, ‘boleh jugak makcik.. tu pun kalau anak makcik sudi jadi suami no 2 saya..hihihih’

  3. chekgu myasara ni nampak kebudak budakan sgt kot.. pasai tu la makcik tu ingat tk kawen lg.. sian la makcik, tembak tak kena target.. wakenabeb!!!

  4. kak uda ni maseh menjadi rebutan di pasaran gelap nie.. jaga-jaga kak uda jalan kat telok anson tu…

  5. amien,aku suka ngan group tu.ada Alam.

    pasni lain aku klu nak jln2 kena tampal kat tapi ‘married’..baru betul..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s