Usah

Mengapa aku berkata USAH? kerana adakalanya sesuatu perkara itu usahlah diingat lagi sekiranya hanya meninggalkan kesan berbekas di hati..

Inilah antara entri yang agak sukar untuk ku tulis.Menulis entry ini ibarat menyelak kembali lembaran silam yang dah lama aku buang.Saat di mana aku sangat terluka.Kepintaran teknologi memungkinkan segala sehingga ‘seseorang’ telah berjaya menjejakiku (setelah sekian lama)..seseorang dari masa silam..

Cukuplah,usah ditanya atau dijejaki lagi cerita tentang aku.Usah ditanya apa keadaanku sekarang,usah dipersoalkan rasa hatiku,usah menyatakan kekesalan atas apa yang terjadi kerana aku sudah mengoyak lembaran hidup yang lalu.Aku dah buang diari lama,aku dah ganti dengan blog.haha..

Yang penting,jangan datang lagi dalam hidup aku..

gambar yang di google..sebab takkan le aku nak letak gambar 'org itu' kan..

yang benar,

Orang yang pernah kau buang-

Advertisements

apelah yang ada pada manik-manik itu..

Suatu malam,malam Sabtu.Esok cuti.Minggu ni suami tak balik.Adam sibuk bermain dengan kereta kesayangannya.
Aku pulak sibuk dengan manik-manikku.Dah lama sangat ku biarkan projek manik ni,tak siap-siap.Aku bajet boleh la siap malam ni,esok boleh la pakai gi kenduri.Sedang leka menjahit tiba-tiba Adam masuk menerpa (seperti biasa)..habis la manik-manik ku bertaburan di atas lantai.Geramnya rasa hati dan tangan ni pun otomatik singgah kat pehanya.mata Adam buntang tengok aku tak berkelip-kelip.Aku lak jegilkan mata sambil dukung dia keluar bilik.Tapi dalam hati ni geram tak terkata dek kerana perlu mengutip semula manik-manik yang berterabur tu.leceh betul,hilang mood nak menjahit.Selang 2 minit lepas tu Adam datang balik,terkedek-kedek macam dikejar sesuatu.Mulutnya pulak bising menceceh bahasa dia.Aku yg tengah sibuk mengutip manik ni tak ambil kisah sangat tapi yang aku dengar dia cakap, “Maa..tit…ma..tit..” berulang-ulang kali sambil tunjuk-tunjuk kakinya.Geram punya pasal,langsung tak ku pedulikan apa yang dia cakap.Bila dia tengok aku tak layan,dia pergi kat aku tarik-tarik baju aku sambil cakap tunjuk tapak kakinya.Rupanya bila di dekati,tapak kakinya disengat lebah! yang dia dok cakap tu rupa-rupanya nak bagitau ‘mama,sakit..‘ tapi yang peliknya dia tak menangis lak.Rasa bersalah dan kasihan datang silih berganti dalam hatiku.Sebab perkara yang kecil, aku boleh mengabaikan anak sekecil itu.Pada umur sementah itu,apalah yang dia tahu.berbintat merah tapak kaki yang telah disengat tadi..bila ku lihat pada matanya terasa mahu menitik airmata ini.palah yang aku kejarkan pada manik yang tak penting tu sampai hampir tak pedulikan keselamatan anak..so sorry dear..

dan malam itu,sekali lagi terbengkalai projek manikku..tak tau la bila nak siapnya..lantak lah..dah takde mood aku nak buat..

setiap entry kena ada gambar..sori le tak sempat nak snap gambar lebah yang sengat Adam tu..hehe

hobi baru..

well,dalam sibuk2 stress sempat lagi aku buat hobi baru..dah lama sebenarnya berkenan tengok ‘bling bling’ kat baju orang lain.nak tempah mahal,so pada satu hujung minggu yang aman damai tanpa gangguan Adam (tengah lena masa tu) aku pun start menjahit manik.mula-mula tak jadi,herot merot..2-3 kali cuba hasilnya boleh tahan la.sendiri yang nak pakai,belasah je la kan.haha..tapi biasa la si ligatku sudah bangun dan habis ditaburnya manik2 ku..owh adam..mama baru nak berbling2..:(

Hobi baru ni wat aku gian,asal ada masa lapang je aku akan buat.sanggup bangun kul 5 semata mata nak jahit manik..sebabnya tak sabar nak tgk hasilnya.tapi tu la aku sudah bilang,tahap kesabaran kena tinggi la..

Saje untuk suka2 jer aktiviti ni.Lagipun skill aku pun yang basic je.Untuk menerima tempahan,tidak sama sekali!!

ni la hasilnya..berchenta nak buatnya ni..

pasni nak wat yg camni lak..tapi tak tau le bape lama nak siap..wakaka..