apelah yang ada pada manik-manik itu..

Suatu malam,malam Sabtu.Esok cuti.Minggu ni suami tak balik.Adam sibuk bermain dengan kereta kesayangannya.
Aku pulak sibuk dengan manik-manikku.Dah lama sangat ku biarkan projek manik ni,tak siap-siap.Aku bajet boleh la siap malam ni,esok boleh la pakai gi kenduri.Sedang leka menjahit tiba-tiba Adam masuk menerpa (seperti biasa)..habis la manik-manik ku bertaburan di atas lantai.Geramnya rasa hati dan tangan ni pun otomatik singgah kat pehanya.mata Adam buntang tengok aku tak berkelip-kelip.Aku lak jegilkan mata sambil dukung dia keluar bilik.Tapi dalam hati ni geram tak terkata dek kerana perlu mengutip semula manik-manik yang berterabur tu.leceh betul,hilang mood nak menjahit.Selang 2 minit lepas tu Adam datang balik,terkedek-kedek macam dikejar sesuatu.Mulutnya pulak bising menceceh bahasa dia.Aku yg tengah sibuk mengutip manik ni tak ambil kisah sangat tapi yang aku dengar dia cakap, “Maa..tit…ma..tit..” berulang-ulang kali sambil tunjuk-tunjuk kakinya.Geram punya pasal,langsung tak ku pedulikan apa yang dia cakap.Bila dia tengok aku tak layan,dia pergi kat aku tarik-tarik baju aku sambil cakap tunjuk tapak kakinya.Rupanya bila di dekati,tapak kakinya disengat lebah! yang dia dok cakap tu rupa-rupanya nak bagitau ‘mama,sakit..‘ tapi yang peliknya dia tak menangis lak.Rasa bersalah dan kasihan datang silih berganti dalam hatiku.Sebab perkara yang kecil, aku boleh mengabaikan anak sekecil itu.Pada umur sementah itu,apalah yang dia tahu.berbintat merah tapak kaki yang telah disengat tadi..bila ku lihat pada matanya terasa mahu menitik airmata ini.palah yang aku kejarkan pada manik yang tak penting tu sampai hampir tak pedulikan keselamatan anak..so sorry dear..

dan malam itu,sekali lagi terbengkalai projek manikku..tak tau la bila nak siapnya..lantak lah..dah takde mood aku nak buat..

setiap entry kena ada gambar..sori le tak sempat nak snap gambar lebah yang sengat Adam tu..hehe

7 thoughts on “apelah yang ada pada manik-manik itu..

  1. “setiap entry kena ada gambar..sori le tak sempat nak snap gambar lebah yang sengat Adam tu..hehe”

    macam kenai je statement tu.. kat mana ek aku dengar?? huhu =)

  2. tu la kak uda, hang kena cek dulu apa yang anak hang tunjuk tu. sian dia..
    ya, masa tu kamera takda la tu, tu yang tak dan nak ambek gambor adam tu

  3. manik-manik tu semua dunia belaka, buatlah kerja yang pentin dulu kak uda na.
    anak hang lebeh pentin berbandin dengan manik urai tu.

  4. ye la,btl na encik nan..lepas ni saya berjanjiutk selalu keep on eye kat adam..

    amien,aku ni menurut kata2 ko utk memastikan blog ni dibaca org..haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s