Juadah berbuka yang paling enak..

Berbuka apa hari ini? meriahnya tengok blog kawan2 yang selitkan gambar juadah berbuka.Semalam aku sekeluarga berbuka dengan juadah ini,

Pecal yang tak berapa pedas

ayam masak kicap

sup..hari-hari kena masak sup untuk anak teruna ku..kalau tak dia tak nak makan..

Macam best je lauk-lauk ni kan.memang le best sebab MAK aku yang masak,aku tukang potong sayur ngan bawang jer.hahaha..bagi aku juadah berbuka yang paling sedap adalah juadah yang emak masak walau pun sekadar tempe masak kicap! ni yang syok dok ngan emak..sila jangan jeles ye..

Advertisements

Ramadhan kareem

Dah bulan ramadhan.Masih lagi berpuasa berjauhan dengan suami.Moga-moga tahun ini ramadhan ku dapat mengubah aku kepada manusia yang lebih bertakwa kepada Yang Maha pencipta.sama-sama la kita memburu ganjaran malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Selamat bepuasa kepada semua.Semoga ramadhan memberikan keinsafan dan pengajaran kepada kita..insyaallah..