Ia sekadar angka..

Semalam aku telah genap 29 tahun.Segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan aku bernafas di atas muka bumi ini.Sebenarnya aku terlupa yang semalam hari lahir aku disebabkan sibuk melayan karenah anak terunaku demam..Bila dapat wish dari seorang kawan baru aku teringat.Takde buat apa2 sambutan pun,suami pun belum balik lagi.Lagi-lagi nak dekat raya  ni kan busy wat persiapan raya.Sempena bertambahnya usia ini aku memohon kepada Yang Esa semoga,

–  menjadi isteri yang solehah untuk suami tersayang

–  panjangkan usiaku untuk aku membesarkan anak-anak ke jalan yang diredhai Nya

– cekalkan hati dan semangatku untuk menjadi insan cemerlang dalam karierku dan memperbaiki amalanku.

Tahun depan sudah mencecah 30.macam mana agaknya aku 20 tahun akan datang ye? Kalau panjang umur,masihkah aku dengan saiz seperti sekarang? haha..jom tengok ‘aku’ 20 tahun akan datang..

kad raya,adakah akan tinggal memori?

Tak lama lagi dah nak menjelang syawal.Ada satu benda yang selalu aku teringat bila nak menjelangnya raya ni ( selain kuih raya) iaitu KAD RAYA. Semalam kat HotFM, DJ tu  ada tanya berapa banyak kad raya yang anda dah dapat tahun ni? tahun ni aku tak dapat sekeping pun kad raya.Sekarang ni dek kerana peredaran masa kad raya telah digantikan dengan sms,email dan juga facebook.Lagi cepat dan menjimatkan kos.Lagi-lagi kalau kat facebook,tag je la semua rakan-rakan anda dalam kad raya online tu.ekspress kan..

Ingat lagi,dulu waktu zaman sekolah meriah dengan kad raya yang kawan-kawan bagi.Sape-sape yang banyak dapat kad raya tu maksudnya ramai la peminatnya..hehe.Pastu kalau dapat kad raya mesti nak kena balas.Siap letak pantun ‘pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas..’ yang lagi kreatif, ‘pecah kaca pecah tong,sudah baca harap gantung’. Meriah rumah-rumah waktu tu dengan kad raya yang bergantung. kad raya pun ada macam-macam jenis yang dijual.yang ada lagu raya,ada lampu lip lap,ada bunyi telefon..boleh dapat untung banyak jual kad raya ni..Senarionya sekarang berbeza.Teknologi telah menggantikan kad raya dengan kad raya online.Suatu masa nanti,mungkin kad raya bercetak ni akan jadi memori.Mungkin akan didrafkan dalam muzium sekadar untuk tatapan generasi akan datang sebab kita semua sekarang lebih suka menghantar kad raya online kat dalam Facebook atau blog macam aku ni..hehe..

Selamat hari raya semua..