kad raya,adakah akan tinggal memori?

Tak lama lagi dah nak menjelang syawal.Ada satu benda yang selalu aku teringat bila nak menjelangnya raya ni ( selain kuih raya) iaitu KAD RAYA. Semalam kat HotFM, DJ tu  ada tanya berapa banyak kad raya yang anda dah dapat tahun ni? tahun ni aku tak dapat sekeping pun kad raya.Sekarang ni dek kerana peredaran masa kad raya telah digantikan dengan sms,email dan juga facebook.Lagi cepat dan menjimatkan kos.Lagi-lagi kalau kat facebook,tag je la semua rakan-rakan anda dalam kad raya online tu.ekspress kan..

Ingat lagi,dulu waktu zaman sekolah meriah dengan kad raya yang kawan-kawan bagi.Sape-sape yang banyak dapat kad raya tu maksudnya ramai la peminatnya..hehe.Pastu kalau dapat kad raya mesti nak kena balas.Siap letak pantun ‘pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas..’ yang lagi kreatif, ‘pecah kaca pecah tong,sudah baca harap gantung’. Meriah rumah-rumah waktu tu dengan kad raya yang bergantung. kad raya pun ada macam-macam jenis yang dijual.yang ada lagu raya,ada lampu lip lap,ada bunyi telefon..boleh dapat untung banyak jual kad raya ni..Senarionya sekarang berbeza.Teknologi telah menggantikan kad raya dengan kad raya online.Suatu masa nanti,mungkin kad raya bercetak ni akan jadi memori.Mungkin akan didrafkan dalam muzium sekadar untuk tatapan generasi akan datang sebab kita semua sekarang lebih suka menghantar kad raya online kat dalam Facebook atau blog macam aku ni..hehe..

Selamat hari raya semua..

8 thoughts on “kad raya,adakah akan tinggal memori?

  1. Kad raya,

    aku memang memikirkan bagaimana keadaan kad raya pada masa akan datang nanti ni? tapi tradisi kad raya memang tak buleh ditinggalkan sepatutnya. Elok diteruskan macam biasa karna ianya merupakan satu tanda utusan hari raya.

  2. bagi aku, kad raya merupakan kemestian bila menjelang hari raya bagi menampakkan suasana meriah dan ceria. serupa jugaklah dengan org dok main mercun sehingga meletup tangan, mata, kaki dan sehingga menghilangkan nyawa manusia…

    oleh itu, marilah kita pikir bahawasanya kad raya merupakan satu cetusan dari seseoarang ke org yang lain… aku suka jugak print kad raya yang dihantaq melalui email atau medium elektronik lain kecuali sms dalam telepon la…

  3. aku suka lagi cam skrg, sumer pakat2 design kad raya sendiri n tag member2 kat FB.
    punya la kreatif, korang buleh tgk macam2 jenis design depa buat. aku cukup kagum.
    jadi aku pon join skali la buat kad raya photoshop ni. mmg layaannnnn….

    kad raya + adobe photoshop = kad phoya.. hahaha

  4. ya, aku punya kad raya versi digital pon dah siap.

    tinggai nak post ja nie, mungkin aku akan post pada 7 september nanti…
    sebab 8 sept aku dah off …..

  5. aku py kad raya sempoi jer,wat kat photo editor.sebabnya aku dah lupa camne nak letak gbr dlm photoshop.ari tu bljr ngan amien tak sempat habis..haha.
    aku dah post awal2 kad raya online ni sbb esok aku dah start cuti..yuhu!!

    • itu la, dulu org suruh belajo malas.. suka sgt main pijak2 nasik lemak.
      kan tak berkat ilmu tu. skrg dh lupa ilmu tok guru ajar dulu. hahahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s