Anugerah dan ujian

memanjat tangga,hobi Adam sejak usianya 8 bulan..

Anak bujang ku ini dah nak masuk 2 tahun.Makin hari makin ligat,mulut makin becok tapi rambut tak banyak lagi pun.haha..Pernah tak korang rasa nak menangis sebab anak? Maybe ibu2 lain menangis sebab terharu dengan perangai anak tapi aku menangis sebab penat .Letih jaga anak yang aktif macam Adam.Nak marah kecik lagi,nak cubit kecian,last2 mama dia lak yang nangis.Setakat ni dah dua handset aku kena tukar sebab dah kena campak dengan Adam.Pinggan kat rumah mak entah bape yang dah pecah.Cawan yang abahnyer beli kat Jepun pun dah tak selamat..berkecai kena campak..Satu lagi habit dia dari dulu.suka tumpahkan makanan.Agak-agak dia dah kenyang baki makanan tu mesti ditumpahkan bawah meja.

Kata orang,anak adalah anugerah.Kadang-kadang juga adalah ujian.Semoga Allah lembutkan hati Adam Haqimi supaya menjadi anak yang baik akhlak dan budi pekertinya.Hari-hari aku hembus ubun-ubunnya dengan surah Al-Insyirah supaya dipermudahkan segala urusan.

Owh,lupa nak mention.Adam ada 2 pusar kat kepala.Orang tua2 kata budak yg ada dua pusar mmg lain sket aktifnya..

Wangian Yang Mengimbau kenangan

Kita selalu kaitkan lagu dengan kenangan kita.Dengar lagu ni teringat masa sekolah,dengar lagu tu teringat zaman kanak-kanak,nyanyi lagu cinta teringat waktu bercinta-cintun..Tapi pada aku wangian juga boleh membawa ingatan kita pada sesuatu atau seseorang.Misalnya, perfume Delicious DKNY ni kalau aku tercium baunya aku teringat masa aku mula-mula dok kat KL dulu.Masa ni aku baru habis belajar and dapat kerja kontrak kat Jab.Perangkaan.Ada seorang kawan aku kat tempat keje tu pakai perfume ni.Hari-hari bau sedap cam epal..rasa nak makan lak..haha..sekarang ni kalau tercium bau ni,mesti aku teringat kat dia dan automatik teringat susah senang masa dok Kl.

Satu lagi perfume Flower by Kenzo.Yang ni buat aku teringat kenangan masa keje kat PLF sebab ada seorang staff ni memang pakai perfume ni.lagi la banyak kenangan suka duka masa kat sini.Daripada dok kat mesin scanner samapi dok kat meja admin.Sangat rindu nak kembali ke saat itu.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Perfume Incanto ni pulak ada orang pernah bagi kat aku.Memang antara perfume yang aku suka.Baunya sweet sangat.Nak tunggu aku beli memang tak terbeli le.Masa ni aku dapat sambung belajar kat Maktab.So kalau tercium bau ni aku pasti teringat waktu yang sangat busy kat maktab dulu.

Sekarang ni nak pakai perfume yang branded ni dah mudah dah sebab dah ada yang jual dalam pek mini macam onedrop tu.Bau dia nak dekat sama la cuma mungkin tak tahan lama.So ari tu aku amik satu mini perfume yang diinspirasikan daripada Incanto.So sekarang aku seperti berada pada waktu-waktu dahulu yang mengimbau seribu memori..