Anugerah dan ujian

memanjat tangga,hobi Adam sejak usianya 8 bulan..

Anak bujang ku ini dah nak masuk 2 tahun.Makin hari makin ligat,mulut makin becok tapi rambut tak banyak lagi pun.haha..Pernah tak korang rasa nak menangis sebab anak? Maybe ibu2 lain menangis sebab terharu dengan perangai anak tapi aku menangis sebab penat .Letih jaga anak yang aktif macam Adam.Nak marah kecik lagi,nak cubit kecian,last2 mama dia lak yang nangis.Setakat ni dah dua handset aku kena tukar sebab dah kena campak dengan Adam.Pinggan kat rumah mak entah bape yang dah pecah.Cawan yang abahnyer beli kat Jepun pun dah tak selamat..berkecai kena campak..Satu lagi habit dia dari dulu.suka tumpahkan makanan.Agak-agak dia dah kenyang baki makanan tu mesti ditumpahkan bawah meja.

Kata orang,anak adalah anugerah.Kadang-kadang juga adalah ujian.Semoga Allah lembutkan hati Adam Haqimi supaya menjadi anak yang baik akhlak dan budi pekertinya.Hari-hari aku hembus ubun-ubunnya dengan surah Al-Insyirah supaya dipermudahkan segala urusan.

Owh,lupa nak mention.Adam ada 2 pusar kat kepala.Orang tua2 kata budak yg ada dua pusar mmg lain sket aktifnya..

11 Replies to “Anugerah dan ujian”

  1. sesungguhnya anak itu adalah anugerah terbesar dalam hidup…

    budak2 biasa la. kadang2 smpai tak berdaya rasanya nk melayan kerenah diaorg. pepehal pon tabahkan hati, kuatkan stamina… hahaha…

    “Sedang kita berusaha mengajar anak-anak kita pelajaran tentang hidup, anak-anak kita mengajari kita apa itu nikmat kehidupan”

  2. setuju ngan amin..ko kena kuatkan stamina ! lasak maksudnya dia budak bijak… byk benda dia nak blajar tu yg dia x dok diam…hahahaha doa byk2

  3. ya,

    begitulah aku dengan anak aku kat rumah, leteh dan saket belakang dibuatnya… itulah ujian dan cubaan bagi org yang ada anak kecek. TU yang aku kena limitkan aktiviti kat luaq… jaga anak kat rumah lagi best.. basoh kain pon best…

    malam-malam tu memang saket belakang beb, sebab layan dia main dan berlari-lari… bila aku baring ja, dia mula dok atas perot aku sambil melompat-lompat… syoknya dia…

    1. lain kali hang suruh kapten lompat2 ataih blakang hang.
      selain dia sronok dpt main, itu sekaligus buleh urut blakang hang yg sakit pasai bawak EX5 dari putrajaya ke shah alam hari2.. kui kui kui

  4. bila balek romah, dah la leteh, nak makan pon tak larat, rasa nak baring ja, cuma malam-malam aku pekena milo la…bagi tenaga sikit. esok nak bangkit pagi plak….

  5. anak aku satu ja pusaran kat kapla dia… tapi memang ligat jugak. Oleh karna, budak-budak antara umor 1-4 tahun nie, masa depa nak besor dan IQ semakin bertambah, maka masa ni lah kita kena peratikan depa elok-elok.

    p/s: ye la, maseh belom ada rambotnya,

  6. owh itulah rahsia nandre slim ye… tp sakit la klu anak lompat2 atas perut… mesti kapten manja abah dia ni…hehehe eee kasi up la pic dia kt blog…

    erkk basuh kain tu guna apa en nan? mesin ka berus?

    p/s : huda jgn risau sgt pasal rambut pasai aku dl sampai umo 2 thn pun rambut cam adam gak.. malu2 nak tumbuh.. tp mak aku rajin sapu minyak rambut zam zam ..lebat ko rambut aku lepas tu…hehe umo 5 thn sampai pinggang dah rambut aku padahal b4 tu cam adam je… mak aku kata sampai kena pakaikan rantai leher pasai org dok tanya aku ni laki ke pompuan.. huhuhu

Leave a comment