Day 3:my idea for perfect first date

well,cabaran diteruskan..emm..first date..camne nak tulis ye..teman dulu jarang berdating,kalau dating pun bawak kawan-kawan..tapi jom la kita tengok..

1.Simple but cute

First date kan,tak payah la mekap beria sangat.Just be yourself.Pakai la baju yang bersesuaian dengan umur kita.Dan jangan over sangat memakai barang kemas.nampak macam nak pergi kenduri pulak.Paling penting supaya tak jadi mangsa ragut nanti.

camni kan ayu dan sopan..

2.Ice breaking

Mula-mula mesti malu-malu,tak tau nak citer apa.Iyelah,selama ni citer kat sms or FB bila dah bersua muka terus jadi kaku.Apa nak citer ye? rasanya elok la kita citer pasal diri masing-masing walaupun dah tau sikit-sikit.Sambil-sambil tu selitkan la lawak sikit.tak la bosan sangat.tapi jangan lak buat lawak yang mengarut @lucah.cari nahas tu..

jangan lak buat muka camni..pengsan pulak org tu kang..

3.Tempat makan

Kenapa ye kalau orang dating selalunya kat tempat makan@restoran? ngape tak pergi kolam ikan ke,muzium ke or zoo? tapi hari tu dalam drama Lagenda Budak Setan Kasyah dan Ayu dating kat zoo.Menarik juga.Sambil-sambil borak boleh tengok gelagat ‘kawan-kawan’..haha..Pengalaman aku dulu dating dengan sorang mamatni kitorang lalu kat sebuah rumah orang Cina,tiba-tiba kena kejar anjing.Kelam-kabut kitorang lari.Yang kelakarnya dia yang lari dulu dari aku..(eh,kenapa pulak aku bukak citer lama ni)..

4.Window shopping

Ajak le gi window shopping,bawak ke bahagian baby.Ni salah satu cara nak tengok teman kita ni penyayang ke tidak..Silap-silap gaya kalau terjumpa kawan-kawan diorang ingat korang dah kahwin lak..cutenyer..

5.Ajak solat

Kalau boleh dating la kat tempat yang dekat dengan tempat solat.Contohnya macam shopping complex supaya bila masuk saja waktu solat boleh la ajak dia menunaikan suruhan Yang Esa.Dating-dating jugak,yang wajib jangan lupa buat.Sekurang-kurangnya boleh mengelakkan perkara-perkara maksiat.

Ok lah..tu je yang aku boleh kongsikan.Sebenarnya aku pun bukan pandai sangat.Main belasah je.Tapi ingatlah pesan Anna rafali dan Suhaimi Meor Hasan kalau nak berdating ..boleh pandang-pandang..duduk renggang-renggang..bertambah sayang..

 

6 thoughts on “Day 3:my idea for perfect first date

  1. aku nak jadi altimet, encik setan dlm lagu tu..

    Yeah
    Kita sambung cerita
    Kalau kamu berdua
    Aku yang ketiga
    Aku penambah perasa
    Akulah pendarab nafsu serakah
    Hai teruna bikin perangai selamba
    Hati si dara kata tak apa
    Berani buat terima padah
    Kalau tak sedia
    Ucap syahadah
    Hahaha

  2. kak uda,

    Zoo Taiping? ermmmmmmmmmmmm tempat aku nie….

    jauhnya sampai ke zoo tepen nie kak uda, heheheheehehehehe

  3. aku dating dulu kat memorial tun hussein onn, syok apa, sambil dating sambil belajaq sejarah perdana menteri…

    apa macam, ada berani ka?

  4. taiping kan byk kenangan manis..hehe..dulu aku tak suka taiping,jgn la org sebut taiping kat depan aku..aku sgt emo..hehe..ingat tak en nan?

  5. wah, aku tau tu kak uda, aku tau…

    tu yang aku terperasan zoo taiping dalam blog bertarikh 27 Jan 2011..
    sampaikan nak kawan dgn aku pon tak mau…sian aku…

    memang serius betui nie

    so, skrg emo lagi ka? atau tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s