Aktiviti sihatkan badan

sibuk enterframe kalahkan player..haha

Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah untuk pasukan bola jaring SKKJ yang telah menjuarai Kelompok 7 baru-baru ni.Yang kat atas ni adalah barisan jurulatih dan ‘juru letih’ yang bertungkus lumus latih team ini setiap hari walaupun pada hujung minggu.Pembetulan ya,aku bukan coach pun,aku jd tukang sibuk..hehe.Aku ni cuma mencukupkan korum bila tak cukup player.Lagi satu jadi tukang amik dan antar diorang bila ada friendly match jauh dari sekolah.Lagipun hujung minggu bila suami tak balik,ada gak aktiviti yang sihat.Dah lama tak bersenam sejak ada anak ni.sekurang-kurangnya dapat juga cergaskan diri.tapi memang tak terkejar la kudrat budak-budak ni.Aku baru 10 minit main dah pancit,diorang steady lagi.memang berbaloi diorang menang..Syabas dan tahniah.Moga-moga tahun depan menang lagi..

Advertisements

Request dari Adam..

Tau tak apa yang anak teruna ku request kat abahnya baru-baru ni?

“abah..nak baby..nak baby..” dengan selambanya melafazkan kata-kata itu dihadapan bapa dan ibu mertuaku.Subhanallah..Semua orang tergelakdengar  permintaan suci murni Adam.Takde sapa yang ajar dia cakap macam tu,mana la dia dengar benda camtu..

Ha,ye la..nanti mama pertimbangkan ye request Adam tu ye..

‘Lost’ your stress..in Lost World Tambun!

Yeah..sudah cuti..mari kita release tensen!!! jom main air!

malas nak citer banyak..layan je la gambar..

ni hot spring..

 

Row..row..row your boat..

 

pas mandi gi petting zoo lak..

so enjoy gi sana,rasa macam mandi kat laut lak.Lain kali kalau ada rezeki boleh pergi lagi..berendam puas-puas..

Pulut Kuning untuk Adam

Semalam si hero Adam Haqimi sudah genap 2 tahun.Adam pada usia ini pandai bercakap walaupun dengan pelat tersendiri sebab dia suka ajuk orang cakap.Pastu suka menyanyi lagu ikut suka dia,yang penting ada bunyi.Tahun ni tak sempat nak beli kek tapi aku buat pulut kuning dengan rendang ayam hantar ke surau (sebenarnya mak aku yang masak..hehe).Pastu antar sket kat rumah Kak ngah sementara dia ada kat kampung.Tapi dia takleh makan sebab dalam pantang lagi.maaf ye..

Segalanya serba boleh pada Adam.Alhamdulillah dia cepat menguasai skill-skill seiring dengan usianya.Tapi tu la,bab yang lain pun dia pandai jugak.Contohnya,

  • pandai merajuk.Kalau merajuk dan lambat dipujuk semua barang yang ada kat tepi dia akan ‘terbang’.Handset aku dah dua kali rosak  diterbangkan oleh Adam.Kalau tengah jalan-jalan tiba-tiba dia tak nak gi tempat yang kita nak pergi tu,terus je dia duduk kat jalan tak nak bangun2.Kena angkat pastu bagi sedas cubit..haa..baru boleh..
  • pandai berlari.Percayalah,dia boleh berlari laju tanpa jatuh terutamanya bila nampak aku keluar pakai tudung sambil jerit ‘nak itutt..’
  • Pandai menari.Menari ala-ala shuffle lak tu.Siap angkat kaki ke atas.Pantang dengar lagu.Lagu iklan Tv pun dia akan shuffle.
  • Pandai tarik rambut.Disebabkan rambut sendiri segan nak tumbuh, Adam suka tarik rambut orang lain.Yang terdekat rambut baby Mak Ngah Suliana baru-baru ni.
  • Pandai menyelinap.Pantang nampak pintu terbukak,terus je keluar sampai ke jalan.Tak pun main parit kecik kat tepi rumah.Rumah kampung kan..

Ada satu masa kami bawa dia naik komuter pergi KL.Masa nak beli tiket tiba-tiba dia terlepas dari tangan suami dan terus lari pergi ke pintu keluar.Pucat lesi muka kami sebab sekelip mata je dia dah hilang.Nasib baik ada orang tolong tahan kat pintu tu.Dalam komuter lak setiap kali pintu terbukak ,setiap kali tu la dia nak turun.Jadi abahnya terpaksa peluk dan pegang dia kuat-kuat.Hebat tak anak terunaku? sangat hebat..banyak org surrender kalau jaga dia.Dia ni jenis tak takut orang.Susah nak menangis walau kena marah pun.Seorang je dia takut,ABAHnya.Bila suami ku tinggikan suara,baru la menangis.

Agak-agaknya,perangai siapa la yang diikutnya kan,aku ke suami? jawapannya dua-dua bukan sebab mak dan mertuaku cerita dulu masa kami kecik orang yang paling senang dijaga.Mungkin  Allah bagi kami ujianini  untuk lihat banyak mana sabar kami.Anak adalah anugerah.Tak dapat aku bayangkan bagaimana rasanya jika kehilangan anugerah berharga ini..

Untuk anakku Adam Haqimi,mama sentiasa doakan Adam jadi anak yang soleh,yang mempunyai pekerti yang baik,yang pintar dan cerdas dalam pelajaran dan yang akan berjuang untuk agama,bangsa dan negaranya.Tak kiralah Adam baik @ nakal@hyperaktif mama akan tetap sayangkan Adam.Doa mama dan abah selalu mengiringi kehidupanmu,sayang..

Birthday boy yang rambut tak berapa nak ada..hehe