Pulut Kuning untuk Adam

Semalam si hero Adam Haqimi sudah genap 2 tahun.Adam pada usia ini pandai bercakap walaupun dengan pelat tersendiri sebab dia suka ajuk orang cakap.Pastu suka menyanyi lagu ikut suka dia,yang penting ada bunyi.Tahun ni tak sempat nak beli kek tapi aku buat pulut kuning dengan rendang ayam hantar ke surau (sebenarnya mak aku yang masak..hehe).Pastu antar sket kat rumah Kak ngah sementara dia ada kat kampung.Tapi dia takleh makan sebab dalam pantang lagi.maaf ye..

Segalanya serba boleh pada Adam.Alhamdulillah dia cepat menguasai skill-skill seiring dengan usianya.Tapi tu la,bab yang lain pun dia pandai jugak.Contohnya,

  • pandai merajuk.Kalau merajuk dan lambat dipujuk semua barang yang ada kat tepi dia akan ‘terbang’.Handset aku dah dua kali rosak  diterbangkan oleh Adam.Kalau tengah jalan-jalan tiba-tiba dia tak nak gi tempat yang kita nak pergi tu,terus je dia duduk kat jalan tak nak bangun2.Kena angkat pastu bagi sedas cubit..haa..baru boleh..
  • pandai berlari.Percayalah,dia boleh berlari laju tanpa jatuh terutamanya bila nampak aku keluar pakai tudung sambil jerit ‘nak itutt..’
  • Pandai menari.Menari ala-ala shuffle lak tu.Siap angkat kaki ke atas.Pantang dengar lagu.Lagu iklan Tv pun dia akan shuffle.
  • Pandai tarik rambut.Disebabkan rambut sendiri segan nak tumbuh, Adam suka tarik rambut orang lain.Yang terdekat rambut baby Mak Ngah Suliana baru-baru ni.
  • Pandai menyelinap.Pantang nampak pintu terbukak,terus je keluar sampai ke jalan.Tak pun main parit kecik kat tepi rumah.Rumah kampung kan..

Ada satu masa kami bawa dia naik komuter pergi KL.Masa nak beli tiket tiba-tiba dia terlepas dari tangan suami dan terus lari pergi ke pintu keluar.Pucat lesi muka kami sebab sekelip mata je dia dah hilang.Nasib baik ada orang tolong tahan kat pintu tu.Dalam komuter lak setiap kali pintu terbukak ,setiap kali tu la dia nak turun.Jadi abahnya terpaksa peluk dan pegang dia kuat-kuat.Hebat tak anak terunaku? sangat hebat..banyak org surrender kalau jaga dia.Dia ni jenis tak takut orang.Susah nak menangis walau kena marah pun.Seorang je dia takut,ABAHnya.Bila suami ku tinggikan suara,baru la menangis.

Agak-agaknya,perangai siapa la yang diikutnya kan,aku ke suami? jawapannya dua-dua bukan sebab mak dan mertuaku cerita dulu masa kami kecik orang yang paling senang dijaga.Mungkin  Allah bagi kami ujianini  untuk lihat banyak mana sabar kami.Anak adalah anugerah.Tak dapat aku bayangkan bagaimana rasanya jika kehilangan anugerah berharga ini..

Untuk anakku Adam Haqimi,mama sentiasa doakan Adam jadi anak yang soleh,yang mempunyai pekerti yang baik,yang pintar dan cerdas dalam pelajaran dan yang akan berjuang untuk agama,bangsa dan negaranya.Tak kiralah Adam baik @ nakal@hyperaktif mama akan tetap sayangkan Adam.Doa mama dan abah selalu mengiringi kehidupanmu,sayang..

Birthday boy yang rambut tak berapa nak ada..hehe

9 thoughts on “Pulut Kuning untuk Adam

  1. budak2 baru nak mengenal dunia, macam tu la chekgu
    anak aku pon lebih kurang camtu la, pantang bukak pintu mesti nk kluar punya.
    kalo bab dengar lagu plak, asyraff mesti menari bila dengar satu lagu ni:

    “boleh pandang2, jgn pegang2, duduk renggang2, bertambah sayang”

    hahhahaha… tp aku tau dari sapa dia menurun perangai camtu. keh keh keh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s