Bila semuanya serba tak kena..

Saya sedang berada di alam ‘mabuk2,tak sedap badan,loya’ dan perkara-perkara yang sama waktu dengannya ketika ini.Alhamdulillah salah satu doaku telah dimakbulkan Allah untuk menambahkan lagi umat Muhammad.Aku mmg bajet bila umur ku 30 aku nak ada 2 org anak.Bila umur meningkat nanti boleh la rehat,masa untuk membesarkan anak-anak.macam tu la plannya tapi sesungguhnya semuanya di tangan Allah.

Dulu waktu pregnantkan Adam aku takde alah @ morning sickness.Tapi yang kedua ni aku kena evening sickness lak.Petang pas asar aku dah lembik tak bermaya,tak lalu nak telan apa-apa.Loya tengok makanan walaupun teringin sangat nak makan.itu belum lagi melayan  karenah Adam yang bertambah2 ligat semenjak nak dapat adik.Macam-macam yang dibuat yang menguji tahap kesabaran.Tapi dia faham ada perut mama ada baby,sebab tu dah tak boleh bresatfeed lagi dah.Bila tengok aku muntah-muntah dia siap tanya, ‘mama,akit? nak bat (ubat)?’

Sekarang pukul 9 dah tidur.Kadang-kadang  aku tak sedar bila Adam tidur sebab aku yang tertidur dulu.huhu..harap-harap cepat la habis trimester pertama ni.Rasa sangat terseksa.Sebab tu  la Allah suruh kita sayang dan hormatkan ibu,dari mula mengandung sampai melahirkan tak pernah berhenti sakitnya.aku memang mengharapkan seorang puteri pulak kali ni.Moga-moga ada rezeki kami.Tapi yang penting baby sihat dari sekarang sampai la waktu melahirkan..dan harap-harap rambutnya banyak la kali ni..hehe..

*pas ni nak cari petua lebatkan rambut baby..

Advertisements